fbpx
Now Reading
Iqbal Nak Park Kereta Mewah RM 1 Juta Depan Muka Michael Ang & Buktikan Suaranya Tak ‘Kepit’

Iqbal Nak Park Kereta Mewah RM 1 Juta Depan Muka Michael Ang & Buktikan Suaranya Tak ‘Kepit’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang dengan kenyataan selepas penerbit dan pengarah Michael Ang yang mendakwanya dirinya sengaja mencipta kontroversi, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Diva (DSV) yang kini bergelar usahawan, Iqbal tampil mempertahankan dirinya.

Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkifli menjelaskan dia sebenarnya tiada niat untuk menunjuk, namun kenyataan yang dikeluarkan Michael Ang terhadapnya membuatkan dia mahu memarkir kereta mewah berharga RM 1juta miliknya di depannya.

“Baca statement saya tu betul-betul mengenai kenyataan tak suka kereta sporty tu. Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta yang saya bawa pergi pasar RM1 juta yang saya beli tu.javascript:false

“Ramai sangat hina fasal kereta terutama kereta Axia yang saya post di Instagram… kereta Axia tu saya beli secara tunai untuk kegunaan adik-adik saya.

“Cuma saya masih belum tunjuk lagi kereta mewah saya beli tu, kalau nak tahu harga nombor plat sahaja dah sama sebuah Civic… geram sangat bila dengar statement dia tu, rasa nak pergi parking kereta depan muka dia. Inilah punca yang membuatkan saya terpaksa tunjuk segalanya,” katanya.

Menerusi laporan mStar, kereta mewah yang dimaksudkan ada berjenama Mercedez.

Penerbit tersebut sebelum ini menerusi satu sesi Live bersama DSV telah mempertikaian kenyataan Iqbal mengenai kereta yang digunakan usahawan muda itu.

“Kau cakap tak serupa bikin… sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta. Apa kau propa? Kalau nak kaya buat cara kaya betul bukan kaya imaginasi,” kata Michael.

Tambahnya lagi, Iqbal juga seperti mencari publisiti apabila merancang menghasilkan lagu tersebut dengan bajet sebanyak RM500,000 selain berpendapat suaranya tidak boleh pergi jauh.

“Berlakon pun tak boleh, nak menyanyi RM500,000… propa je! Orang bahalol mana nak bayar RM500,000, gila ke apa?

“Sorry la menyanyi. Suara macam pondan pencen pun nak menyanyi ke? Suara dia kan kepit macam pondan pencen. Suara macam tu (pergi) ke mana pun tak sedap mana,” kata Michael.

Michael menerusi instagramnya turut dilihat membahan Iqbal dalam isu jam ‘ratusan ribu ringgit’ yang digunakannya

Iqbal bagaimanapun tampil dengan menjelaskan yang dia akan membuktikan suaranya bukan jenis ‘kepit’ seperti yang disangkakan Michael.

“Saya menghormati Michael sebab itu saya tak langsung menjawab makian dari awal sehinggalah viral. Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael hormati saya juga sebagai budak bersuara pondan kepit yang dikatakan.

“Berikan saya peluang walaupun saya sedar saya bukan penyanyi dan bukan nak bertanding dalam anugerah lagu. Biarlah dia nak kata apa pun, saya akan buktikan suara saya tak kepit. Tunggu lagu itu keluar nanti,” ujarnya

Difahamkan single pertama Iqbal bertajuk Hujan yang dihasilkan Zai Hamzah, Achoi Floor 88 dan Oja akan dilancarkan pada 1 November ini dibawah label Rusa Music.

.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.