fbpx
Now Reading
Apple Disaman Lagi Di China, Kali Ini Kerana Jual iPhone 12 Tanpa Sertakan Pengecas

Apple Disaman Lagi Di China, Kali Ini Kerana Jual iPhone 12 Tanpa Sertakan Pengecas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin umum sudah cukup mengetahui yang Apple tidal lagi menyertakan kepala pengecas mahupun earpods bersama Iphone yang dijual sejak penghujung tahun 2020 dimulai oleh iPhone 12.

Seperti yang mereka jelaskan, keputusan tersebut diambil sebagai usaha mereka mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan karbon dan memelihara bahan mentah.

Keputusan ‘kurang popular’ tersebut bagaimanapun menyebabkan mereka berdepan denda antaranya di Brazil sebanyak R$ 10,546,442 (~RM7.9 juta) kerana ianya telah melanggar Kod Undang-Undang Pengguna disana.

Foto sekadar hiasan : Apple

Baca artikel berkaitan : Jual iPhone Tanpa ‘Charger’, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil

Bahkan bagi mengelakkan mereka dikenakan denda serupa di Perancis, Apple telah membuat kelainan apabila menyediakan dua buah kotak bagi setiap pembelian iphone 12 di sana.

Baca artikel berkaitan : Lain Dari Lain, Iphone 12 Di Perancis Datang Dengan 2 Kotak, Satu Berisi Earpods

Terbaru, Apple berdepan saman di China apabila sekumpulan pelajar universiti di China dari Beijing dan Shanghai telah memfailkan saman berjumlah 100 Yuan (RM64.83) gara-gara isu sama.

Foto sekadar haisan Foto : Apple

Difahamkan kumpulan pelajar terbabit membuat keputusan berkenaan selepas seorang dari mereka baru menyedari yang iPhone 12 Pro Max yang dibelinya tidak disetakan pengecas.

Semasa perbicaraan dalam talian di Mahkamah Internet Beijing, pelajar tersebut menegaskan  kabel USB-C Lightning yang disediakan Apple tidak dapat digunakan oleh pengecas dari jenama lain. Ini sekaligus menyukarkanya untuk mengecas peranti berkenaan.

Seorang wakil Apple kemudiannya menjelaskan adalah menjadi perkara biasa bagi pengeluar telefon untuk menjual telefon pintar dan kepala secara berasingan. 

Difahamkan kes berkenaan masih lagi berjalan dan mereka sedang menanti keputusan daripada pihak mahkamah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.