
“Si Karen Ni Lagi..? ” – Selepas Dior KLCC, Minah Salleh Tular Buat Hal Di Bangsar Shopping Center Pula [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekita rabu lalu, tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang wanita berbangsa inggeris tiba-tiba mengamuk dan naik angin apabila dihalang daripada memasuki butik di KLCC.
Menerusi video tersebut jelas menunjukkan dia dihalang dari memasuki premis Dior disebabkan keengganannya memakai pelitup muka.
Isu tersebut turut menarik menarik perhatian Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin yang menegaskan wanita berkenaan seharusnya mengikuti SOP yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia.
“When in Rome do as the Romans do.”
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 27, 2021
When in Malaysia, please mask up. Regardless of the rules elsewhere. @KKMPutrajaya is getting more information from KLCC.
Tular bertelagah di BSC pula
Tidak sampai dua hari, kini tular satu lagi video dipercayai wanita sama yang dilihat bertelagah dengan seorang pengawal keselamatan di Bangsar Shopping Centre (BSC).
Dia difahamkan dihalang memasuki pusat beli berkenaan kerana isu sama iaitu tidak mengenakan pelitup muka.
Seolah tidak serik dengan apa yang berlaku beberapa hari lalu, dia menerusi video tersebut turut dilihat merakam insiden berkenaan menggunakan telefon pintarnya mungkin untuk dijadikan sebagai bukti.
Kelakukannya yang disifatkan begitu mementingkan diri menyebabkan rata-rata netizen mengelurarkan pendapat yang dia seharusnya pulang sahaja ke negara asalnya.
Ramai yang turut memuji tindakan pengawal tersebut yang tenang mengawal situasi berkenaan.
She’s everywhere like Beow Tan
— Hanazeneca 🏴 (@Hanathesith) October 29, 2021
Ramai yang mahukan kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadapnya keraja degil dan seolah sengaja mencabar undang-undang dan SOP yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia.