fbpx
Now Reading
“Bapak powerlah Sufian” – Video John Cena Cakap Melayu Dengan Sofyank Buat Ramai Teruja

“Bapak powerlah Sufian” – Video John Cena Cakap Melayu Dengan Sofyank Buat Ramai Teruja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Sofyank bukan satu lagi nama asing bagi penggemar video kreatif dan pengguna media sosial. Anak muda ini sangat terkenal dengan hasil video kreatif yang begitu menakjubkan malah pernah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa seperti Will Smith dan Zach King.

Terbaru, Sofyank sekali lagi menjadi perbualan selepas dia memuat naik satu video di akaun media sosialnya baik di Twitter mahupun di Instagram dimana dia bekerjasama dengan ahli gusti profesional dan pelakon, John Cena.

Menerusi video tersebut kedua mereka difahamkan berkolaborasi bagi mempromosikakn filem Fast & Furios 9 yang dibintangi Cena yang sudahpun ditayangkan di beberapa negara termasuklah di Malaysia.

Meskipun hanya berdurasi 43 saat, video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai apabila telah ditonton lebih 367 ribu kali di Instagram dan 331 ribu tontonan di Twitter.

Apa yang mencuri perhatian orang ramai apabila Cena dilihat cuba bertutur dalam bahasa melayu dengan Sofyank didalam video tersebut.

Walaupun tidak berapa sempuna sebutannya, namun usaha Cena berturut beberapa perkataan seperti ‘tengok apa’ dan ‘bapak powerlahh’ membuatkan ramai teruja.

Malah ramai meluahkan rasa kagum dan cemburu mereka apabila melihat Sofyank dapat berkolaborasi bersama bintang gusti berkenaan.

Berikut antara komen-komen menarik yang dikongsikan orang ramai termasuk selebriti:

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.