fbpx
Now Reading
Lelaki Maki Hamun & Bod*hkan Pak Guard Kerana Tak Jaga Anaknya Yang Ditinggalkan Di Meja Sekuriti [Video]

Lelaki Maki Hamun & Bod*hkan Pak Guard Kerana Tak Jaga Anaknya Yang Ditinggalkan Di Meja Sekuriti [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu tangkap layar sebuah notis yang dikeluarkan oleh satu pengurusan sebuah kondominium di ibu kota yang memaklumkan ada seorang penyewa dikawasan mereka telah melakukan insiden kacau ganggu terhadap pengawal keselamatan yang bertugas.

Notis asal yang dimuat naik Perbadanan Pengurusan Residensi Awani di Facebook mereka berserta tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi aparment itu kemudiannya dikongsikan portal MyNewsHub di Twitter sehingga menjadi perdebatan hangat netizen.

Menerusi notis tersebut, pihak pengurusan mendakwa penyewa berkenaan telah melakukan kacau ganggu dan memaki hamun pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak menjaga anak mereka.

Bukan itu sahaja dia turut dilihat cuba melakukan kekasaran fizikal sambil disaksikan oleh beberapa orang awam.

Siap ada bukti video yang dirakam pihak keselamatan

Selain bukti CCTV, video insiden berkenaan yang dirakam pasukan pengawal keselamatam turut tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, jelas si lelaki ‘naik hantu’ dan memaki hamun pengawal keselamatan berkenaan selepas dia menyedari anaknya yang ditinggalkan disitu duduk berseorangan dan tidak dijaga pak guard yang bertugas.

Namun tindakannya memaki pengawal berkenaan dengan kata-kata kesat menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ramai tidak bersetuju dengan tindakannya kerana menjaga anak penyewa bukanlah dalam skop kerja pengawal keselamatan.

Bukan itu sahaja ramai yang turut mempertikaikan tindakan pasangan ini kerana mereka dilihat berani meninggalkan anak mereka di tangan orang luar untuk dijaga.

Tular video penuh

Menerusi ruangan balas, turut tular video penuh insiden yang dikongsikan netizen yang diambil dari sebuah akaun TikTok .

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen :

“Jangankan management, aku pun marah”

“Anak dia tapi suruh stranger jaga?”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.