fbpx
Now Reading
Polisi Privasi Terbaru Apple Sebabkan Pendapatan Gergasi Media Sosial Terjejas Lebih RM40 Bilion

Polisi Privasi Terbaru Apple Sebabkan Pendapatan Gergasi Media Sosial Terjejas Lebih RM40 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar bulan April yang lalu, syarikat gergasi teknologi, Apple telah melancarkan Apps Tracking Transparency (ATT), iaitu ciri atau framework menghalang penjejakan iklan dikalangan penggunanya.

Mula diperkenalkan menerusi kemaskini  iOS 14.5, iPadOS 14.5, and tvOS 14.5, fungsi tersebut menyebabkan Apple dipuji kerana memberikan pengguna lebih ‘kuasa’ dan kawalan ke atas data mereka menyebabkan aktiviti mereka suka dijejak pembangun aplikasi.

Namun situasi dilihat berbeza buat banyak syarikat pembangun aplikasi dan media sosial dimana pendapatan pengiklanan mereka ekoran dari perubahan polisi berkenaan.

Percaya atau tidak, menurut laporan Financial Time, 6 bulan selepas pembaharuan polisi itu, gergasi media sosial seperti Facebook, Snapchat, Facebook, Twitter dan YouTube telah mengalami kerugian sekitar $US 10 Bilion atau bersamaan RM41 Bilion disebabkan ‘pengiklanan’ yang tidak tepat.

Foto : Financial Times

Menurut Apple Insider,  Menurut Firma Teknologi Pengiklanan, Lotame menganggarkan pendapatan keempat-empat aplikasi tersebut turut menyusut sebanyak 12% pada Q3 dan Q4 tahun 2021.

Diantara keempat-empat media sosial tersebut, Facebook adalah yang paling teruk terkesan disebabkan saiz pasaran pengiklnanan mereka dimana kerugiannya dianggarkan melebihi US$ 8 Bilion (RM32.2 Bilion). Namun boleh dikatakan Snap, pemilik SnapChat juga paling teruk terkesan memandangkan media sosial mereka hanya ditawarakan untuk pengguna telefon pintar.

Satu yang pasti, polisi Apple ini lebih menguntungkan pengguna justeru syarikat media sosial kini perlu menjadi lebih kreatif dalam penghasilan iklan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.