fbpx
Now Reading
Memang Mahu Dihukum Mati, ‘Joker’ Jepun Kecewa & Menyesal Gagal Bunuh Ramai Orang

Memang Mahu Dihukum Mati, ‘Joker’ Jepun Kecewa & Menyesal Gagal Bunuh Ramai Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini rakyat Jepun dikejutkan dengan insiden serangan di dalam sebuah tren di Tokyo apabila seorang lelaki yang berpakaian seperti watak ‘Joker’ dari filem Batman telah menyerang para penumpang dengan pisau sebelum membakar gerabak yang dinaiknya itu.

Insiden tersebut yang berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku menyebabkan suasana menjadi panik malah mengakibatkan 17 penumpang tercedera dan seorang dari mereka iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun dalam keadaan kritikal selepas ditikam.

Si ‘Joker’ yang dikenalpasti sebagai Kyota Hattori, 24 tahun bagaimanapun akhirnya berjaya diberkas pihak polis selepas tren tersebut diberhentikan di Stesen Kokuryo dan kini berdepan tuduhan cubaan membunuh.

Baca artikel berkaitan : Tragedi Malam Halloween, Lelaki Pakai Kostum ‘Joker’ Bakar Kereta Api & Tikam Penumpang Sebabkan 17 Tercedera [Video]

Namun menurut Reuters, Kyota selepas ditahan menjelaskan yang dia sebenarnya sememangnya mahukan hukuman mati.

Apa yang lebih mengejutkan dia yang begitu obses dengan karakter Joker turut berasa menyesal kerana gagal membunuh sesiapa.

Menurut jurucakap polis, Kyota juga mengakui sudah merancang untuk melaksanakan serangan ini sejak tiga bulan lalu.

Dia difahamkan berdepan pelbagai masalah iaitu gagal dalam pekerjaan malah persahabatan justeru memilih menyerang orang lain kerana dia ‘ingin mati tetapi tidak mampu melakukannya sendiri’.

Bukan itu sahaja, Kyota turut mengakui telah menjadikan satu lagi insiden serangan di Jepun iaitu Insiden Odakyo yang mengakibatkan 10 orang tercedera pada Ogos lalu sebagai ‘sumber rujukan’nya untuk memulakan serangan.

Namun dia lebih bijak apabila mensasarkan malam Halloween kerana dia tahu orang ramai akan berpusu-pusu dan memenuhi keretapi untuk ke bandar Tokyo bagi menyertai perarakan Hallowen.

Masalah putus cinta dan dibuang kerja

Sebagai rekod, media disana melaporkan Hattori suatu masa dahulu seorang yang ceria namun dia mula berdepan pelbagai kesukaran antaranya ditinggalkan teman wanita yang berkahwin dengan orang lain selain masalah pekerjaan dimana dia telah dibuang kerja gara-gara mengambil gambar seorang pelanggan tanpa kebenaran.

Namun setakat ini tidak dapat dipastikan akan bentuk pendakwaan yang akan dikenakan terhadapnya memandangkan kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.