fbpx
Now Reading
2 Individu Nyaris Digilis Lori Tangki Angkara Kanvas Terbang [Video]

2 Individu Nyaris Digilis Lori Tangki Angkara Kanvas Terbang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua individu yang sedang menaik sebuah motosikal berdepan detik cemas apabila nyaris digilis lori tangki di lebuhraya Puchong menuju Putrajaya.

Kejadian pada pagi 3 November itu difahamkan berlaku apabila kanvas yang menutup muatan sebuah lori lain tercabut sebelum terbang dan menyelubungi kedua penunggang dan pembonceng tersebut.

Menerusi klip dashcam yang tular di media sosial, keadaan tersebut menyebabkan penunggang motosikal gagal mengawal motosikalnya hingga bergesel dengan lori tangki yang betul-betul berada di lorong sebelah.

Impak dari perlanggaran tersebut menyebabkan mereka dua terjatuh dan nyaris digilis oleh lori tangki berkenaan dengan penunggang motosikal dilihat masih lagi berselebung didalam kanvas.

Kereta yang merakam insiden tersebut kemudiannya berhenti di lorong paling kanan diiikuti oleh beberapa lagi kereta dipercayai untuk membantu kedua mangsa.

Pemandu lori tangki berkenaan turut dilihat memberhentikan lorinya untuk turut membantu .

Video tersebut mengundang kerisauan orang ramai khususnya pengguna jalanraya yang berharap insiden sama tidak akan berulang lagi.

Ramai yang berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan diatas kecuaian pemandu lori yang juga pemilik kanvas tersebut.

Dalam pada itu ramai turut berterima kasih kepada pemandu lori tangki apabila dia terus memberhentikan  kenderaannya sejurus insiden tersebut berlaku walaupun bukan salahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.