fbpx
Now Reading
Wanita Sanggup Korbankan Perayaan Deepavali Demi Bantu Majikan Lumpuh Terperangkap Dalam Banjir

Wanita Sanggup Korbankan Perayaan Deepavali Demi Bantu Majikan Lumpuh Terperangkap Dalam Banjir

Siap sanggup batalkan rancangan beraya bersama anak di KL kerana khuatirkan keadaan warga emas itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerana terlalu kasihkan majikannya, seorang wanita sanggup membatalkan hasrat menyambut perayaan Deepavali demi menyelamatkan warga emas tersebut yang terperangkap dalam banjir di Taman Tanjung Bendahara, Alor Setar.

Malah P Devika, 57 sanggup mengorbankan perayaan pesta cahaya tersebut walhal dia dan suami sebenarnya sudah berjanji untuk meraikannya dengan anak lelakinya yang tinggal di Kuala Lumpur.

Dia difahamkan nekad menukar rancangannya sebaik menerima panggilan dari Supiah Musa, 70, sekitar jam 11 pagi semalam dek kerana risaukan keadaan warga emas itu yang lumpuh dan tinggal beseorangan di rumahnya yang dinaiki air.

“Saya menjaga mak cik Supiah sejak empat tahun lalu memandang dia lumpuh separuh badan dan tidak boleh bertutur dengan baik.

“Selalunya jika ada kecemasan dia (Supiah) akan telefon dan menjerit. Susulan mendengar jeritan itu, saya segera bergegas ke rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah saya.

Foto : Harian Metro

“Sebaik tiba di rumah majikan, saya dapati keadaan sekeliling rumahnya dinaiki air paras lutut manakala dia berada atas katil dalam keadaan selamat” katanya dipetik dari Malaysia Gazette.

Dia kemudian menghubungi anak angkat Supiah dan meminta izinnya untuk membawa warga emas tersebut yang turut menghidap kencing manis serta darah tinggi untuk tinggal bersamanya sementara menunggu air surut.

Sebaik mendapat kebenaran dia kemudian meminta suaminya untuk menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu memindahkan Supih kerumah mereka.

“Selepas menerima persetujuan itu, saya minta suami hubungi pihak pasukan penyelamat untuk membantu kami membawa mak cik Supiah ke rumah saya.’

“Saya tak sampai hati untuk ditinggalkan dia, tambahan pula dia tidak mempunyai ahli keluarga di sini,” katanya.

Deviika dan suami kemudian berjaya memindahkan warga emas itu ke rumah mereka  dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam(APM)

Difahamkan Supiah tinggal berseorangan selepas kematian suaminya yang juga seorang bekas anggota polis dan dia hanya mempunyai anak angkat yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Devika ketika ditemuramah media Foto : Malaysia Gazette

Dalam pada itu Devika turut menjelaskan yang anaknya juga sudah diberitahu dan faham dengan keadaan tersebut lalu membuat keputusan pulang ke Kedah untuk beraya bersamanya.

“Syukur, anak saya faham situasi yang dihadapi majikan saya dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke sini untuk beraya bersama kami.

“Mak cik Supiah akan tinggal bersama saya sehingga kawasan rumahnya betul-betul selamat untuk didiami semula,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.