“Perlu Jawab Sebelum Khamis” -Restoran Siakap ‘Kayangan’ Diberi Notis Penjelasan Oleh KPDNHEP
KPDHEP turut meminta pengguna lainnya untuk membuat aduan jika berdepan situasi sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya isu ikan siakap kayangan membabitkan sebuah restoran terapung di Langkawi semakin hari semakin hangat diperkatakan.
Mula dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Faris Zulkarnain, isu tersebut terus melarat selepas seorang demi seorang pelanggan tampil berkongsi perkara sama.
Mengakui sedar dan peka dengan harga yang tertera pada menu, rata-rata pelanggan yang tampil bagaimanapun menegaskan mereka berasa ‘teraniaya’ kerana pihak restoran tidak berterus terang dan berselindung dari awal mengenai saiz serta harganya.
Malah ada yang merasakan saiz ikan yang diterima juga adalah tidak bersesuaian kerana terlalu besar berbanding jumlah mereka yang menjamu selera.
Baca artikel berkaitan : “Dia tak cakap besar tu 6KG” -Seorang Lagi Pelanggan Tampil Dakwa ‘Terkena’ Harga Ikan Siakap Mahal Di Langkawi
KPNDHEP sudah keluar notis yang perlu dijawab dalam 5 hari
Terbaharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memaklumkan pihaknya sudah pun mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada pemilik kedai berkenaan pada Sabtu lalu.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, notis tersebut perlu dijawab oleh peniaga tersebut dalam tempoh lima hari.
Ini bermakna mereka perlu berbuat demikian sebelum khamis (11 November) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil, lapor Berita Harian.
“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.
“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya”
Mohd Shahran Mohd Arshad
Hanya satu aduan diterima KPDNHEP
Dalam pada itu Mohd Shahran menjelaskan setakat ini KPDNHEP hanya menerima satu aduan berhubung perkara tular itu. Justeru, beliau menyeru mana-mana individu yang berdepan situasi sama untuk tampil membuat laporan.
Jelas beliau, pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan serta membandingkan harga sebelum membeli apa-apa barangan atau makanan.
Baca artikel berkaitan : Geram Dengan Isu Siakap Kayangan, Vida Tawar Nak Bayar Semula ‘Kerugian’ Pelanggan