
Tular Video Tak Pakai Mask Hingga Dikompaun, ‘Karen KLCC’ Bersuara Mahu Kebebasan & Hak Memilih
Banyak negara dah tamatkan ‘mandat’ seperti pakai pelitup mata katanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan ragam seorang minah salleh yang degil serta enggan mengenakan pelitup muka dan mengimbas My Sejahtera menjadi salah satu topik yang paling hangat diperkatakan di Malaysia pada penghujung bulan lalu.
Mula berlaku di Dior KLCC sebelum dia sekali lagi dikesan melakukan perkara sama di pintu masuk Bangsar Shopping Center (BSC), ‘Karen Dior’ atau ‘Karen KLCC’ ini akhirnya dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa.
Baca artikel berkaitan : Minah Salleh Buat Kecoh Tak Pakai Pelitup Muka Di KLCC & BSC Dikompaun RM3,000
Tampil luah pandangan menerusi satu video
Terbaharu wanita ini sekali lagi menjadi topik hangat netizen, selepas dia tampil menerusi satu video meluahkan pendapatnya mengenai isu kebebasan dan hak membuat pilihan.
Mula dimuat naik oleh sebuah laman Twitter @117WeThePeople, wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Kerry atau ‘Karen Dior’ meminta rakyat di Malaysia sedar akan haknya untuk diberikan kebebasan selain membuat pilihan sendiri.
“Selamat pagi, saya Kerry atau Karen Dior, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan rasa cinta sejak 20 tahun. Hati serta jiwa saya dan anak-anak saya semuanya di sini.
“Lagu kita ialah kebebasan, kebebasan untuk memilih apa yang kita makan, ke mana kita pergi, dengan siapa, dan apa kita buat kepada badan kita secara perubatan atau sebaliknya. Ia adalah satu pilihan, pilihan anda juga pilihan saya” katanya.
🚨Our patriots from Malaysia
— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) November 6, 2021
harassed by the government(see pinned Tweet)
terrorised at the her home
newspapers demonising her
facebook bots hate speech
has a message for the Malaysia, for the world
and of course to Brandon
LETS GIVE HER A GREAT VOICE#freedom #LetsGoBrandon pic.twitter.com/KNXWckIdgC
Jelasnya dalam hal membabitkan Covid-19, banyak negara sudah pun menarik kembali peraturan-peraturan seperti tiada lagi sekatan jalan, tidak perlu memakai topeng muka dan tidak mewajibkan vaksin, justeru dia meminta orang ramai membuka mata dan tahu hak mereka.
Tyranny pic.twitter.com/uxN9G1cLzt
— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) November 6, 2021
“Banyak negara sudah menamatkan mandat itu. Anda dijemput untuk membaca pautan di bawah dan nyatakan pendapat anda sendiri.
“Buka mata, hati, jiwa, hidup anda. Cinta, ketawa, gembira, bayangkan rumah terbuka setiap hari selamanya. Siapa yang tidak tahu hak mereka, tidak mempunyai hak. Kita adalah bebas,” katanya lagi.
Perkongsian video berkenaan nyata mencuri tumpuan sehingga ciapan berkenaan telah diulang ciap sebanyak 4,500 kali.
Namun pemerhatian kami, ramai khususnya netizen Malaysia dilihat tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakannya seolah mahu menyalahkan orang lain dan menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Malah ada yang merasakan dia langsung tidak menghormati peraturan dan undang-undang di negara yang sedang didudukinya.


