fbpx
Now Reading
Gara-Gara Kerap Tekan Brek, Lelaki Tendang Kereta Dipandu Wanita

Gara-Gara Kerap Tekan Brek, Lelaki Tendang Kereta Dipandu Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara kerap menekan brek semasa memandu di jalan raya, seorang pemandu wanita secara tidak sengaja telah mencetuskan kemarahan seorang pengguna jalan raya lainnya.

Insiden tersebut kemudian berakhir dengan mangsa dimarahi selain pintu keretanya kemek selepas ditendang oleh lelaki berkenaan.

Tindakan suspek bagaimanapun berjaya dirakam oleh wanita berkenaan sebelum ianya tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden itu difahamkan berlaku di Stulang Laut, Johor Bahru kira-kira jam 10.19 malam pada 31 Oktober lalu.

“Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut dihalang suspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

“Suspek turun daripada kenderaannya dan menghampiri kereta mangsa, serta mengarahkannya (mangsa) keluar. Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana bimbang keselamatan diri.

“Suspek memarahi mangsa sebelum menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta milik wanita itu hingga kemek. Susulan itu, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas beliau lagi, menerusi rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu terlibat, lelaki berkenaan mengakui telah menendang pintu hadapan kereta milik mangsa kerana perselisihan faham serta tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa yang kerap membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.

Insiden tesebut menyebabkan wanita berkenaan kerugian sekitar RM500, dan dia telah dicadangkan untuk merujuk kepada pihak insurans.

Foto : YT

“Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.

“Polis menasihati orang ramai, khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan sabar agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.