fbpx
Now Reading
Selepas Tular Video Proton Wira ‘Ditogelkan’ Bengkel, Pomen Kini Janji Nak Siapkan Dalam 1 Minggu

Selepas Tular Video Proton Wira ‘Ditogelkan’ Bengkel, Pomen Kini Janji Nak Siapkan Dalam 1 Minggu

Siapa tak kecewa kalau kereta kesayangan jadi macam tu kan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan sebuah Proton Wira dalam keadaan togel dan ditinggalkan terbengkalai di sebuah bengkel di Johor Bahru.

Dimuat naik seorang pengguna TikTok, @ainjeman, dia mendakwa kereta miliknya itu pada mulanya telah dihantar ke bengkel berkenaan pada tahun lalu untuk baik pulih.

Namun memandangkan ianya akan ditinggalkan lama di sana ekoran dari pelaksanaan PKP dia kemudian telah melaburkan RM12,0000 yang dibayar secara ansuran bagi mengubahsuai kereta tersebut menjadi Evo.

“Alang-alang kereta kat dia, saya suruhlah dia convert Evo sekali. Masa nak convert Evo tu, duit untuk convert dibayar secara ansuran. Jumlah keseluruhan yang dah dibayar RM 12,000,” katanya.

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Wanita ini bagaimanapun mula berasa sangsi apabila mekanik tersebut akan memberikan pelbagai alasan setiap kali dia bertanyakan status keretanya. Bahkan dia turut enggan memberinkan gambar terkini kereta tersebut.

Enggan terus menunggu, dia kemudian mengambil keputusan untuk melihat sendiri keretanya di sana. Namun alangkah terkejutnya gadis ini apabila mendapati keretanya hanya tinggal rangka malahan enjin juga lesap.

Jelas pada video tersebut bahagian ruangan enjin, bahagian dalaman, lampu hadapan serta bampar hadapan Proton Wira itu telah dikosongkan dan ditanggalkan.

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu ♬ original sound – 🌟

Terbaharu, tidak sampai beberapa hari tular, gadis ini telah memuat naik satu lagi video memaklumkan yang dia telah dihunungi pemilik bengkel berkenaan.

Dia menerusi muat naik itu turut berkongsi paparan tangkap layar perbualan whatsapp di antara dia dan mekanik tersebut yang berjanji akan menyiapkan kereta berkenaan pada sabtu ini.

Menurut pomen itu gadis berkenaan boleh mengambil kereta tersebut pada hari ahadnya.

@ain_jeman Anyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? #fyp #fypage #viral ♬ Super nova 9 – Kings Chapple-Wilson

Perkongsian tersebut sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai yang memintanya untuk membawa kawan yang arif tentang kereta bagi memastikan dia menerima kenderaaan tersebut dalam keadan yang baik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.