fbpx

Netizen Puji Tindakan Menteri Alam Sekitar Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB [Video]

Tuan Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke UNFCCC COP-26 di Glasgow, Scotland yang berlangsung dari 31 Oktober – 12 November.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular sebuah video memperlihatkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sedang memberikan ucapan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Menerusi video tersebut yang dikongsikan Kementerian Alam Sekitar dan Air di laman Facebook rasmi mereka, Tuan Ibrahim dilihat tampil menyampaikan ucapan di pentas berkenaan dengan mengenakan suuit dan kopiah.

Yang menariknya di dalam video itu, beliau yang merupakan ketua delegasi Malaysia bagi UNFFCCC COP-26 ini dilihat menyampaikan ucapan di dalam bahasa melayu.

Sewaktu ucapan tersebut, Tuan Ibrahim turut dilihat memulakan ucapannya dengan menyelitkan sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud :

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah ar-Rum, ayat 41.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang memuji tindakan beliau yang disifatkan sebagai memartabatkan bahasa kebangsaaan.

Malah ramai yang turut meluahkan rasa bangga apabila beliau memulakan bicara dengan ayat suci al-Quran.

Selain FB, perkara tersebut turut mendapat perhatian netizen di laman Twitter.

Difahamkan UNFCCC COP-26 berlangsung dari 31 Oktober dan akan berakhir pada esok hari, 12 November 2021.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.