fbpx
Now Reading
YouTube Kini Sembunyikan Jumlah ‘Dislike’ Pada Semua Video Mereka

YouTube Kini Sembunyikan Jumlah ‘Dislike’ Pada Semua Video Mereka

Butang dislike bagaimanapun akan terus dikekalkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pencipta kandungan YouTube, kewujudan butang dislike pada video yang dimuat naik umpama satu mimpi ngeri.

Meskipun ia secara asasnya tidak memberikan masalah besar, namun reputasi video dan pencipta kandungan itu sendiri pasti akan tercalar sekiranya angka yang menekannya begitu tinggi atau lebih teruk lagi melebihi jumlah individu yang menekan tanda suka.

Peka dengan isu tersebut, YouTube pada sekitar Mac lalu mengumumkan sedang menguji fungsi untuk menyembunyikan jumlah dislike tersebut.

Terbaharu, malam tadi mereka memaklumkan ciri paparan jumlah berkenaan sudahpun disembunyikan serta merta dan akan mula hilang secara berperingkat.

Foto : YouTube via The Verge

Mereka bagaimanapun sama sekali tidak akan menghilangkan butang dislike yang sudah tersedia sejak dahulu lagi.

Dengan penetapan baharu tersebut, orang ramai sebenarnya masih lagi boleh menekan butang tersebut namun jumlah pengguna yang sudah menekannya tidak lagi akan dipaparkan kepada umum.

Sebaliknya angka itu hanya boleh dilihat dan diketahui oleh pencipta kandungan menerusi YouTube Studio.

YouTube menerusi satu kenyataan menjelaskan tindakan itu diambil bagi mengelakkan mana-mana video atau saluran YouTube ‘diserang’ oleh kumpulan individu semata-mata untuk menekan butang dislike berkenaan.

Selain itu ia dapat menjaga content creator di platform berkenaan khususnya mereka yang baru sahaja menceburi bidang pembuatan konten online.

Menurut YouTube, perkara itu dibuktikan dalam tempoh ujian di mana pihaknya mendapati aktiviti menyerang dan menekan butang dislike berkurangan dengan mendadak sebaik paparan angka disembunyikan dari paparan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.