fbpx
Now Reading
Gadis 16 Tahun Terselamat Dari Penculikan Selepas Guna Isyarat Tangan Yang Tular Di TikTok

Gadis 16 Tahun Terselamat Dari Penculikan Selepas Guna Isyarat Tangan Yang Tular Di TikTok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka tabiat mengikuti video tips yang trending di TikTok akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa seorang gadis bawah umur di Amerika Syarikat dari menjadi mangsa penculikan.

Menurut laporan BBC, gadis berusia 16 tahun dari North Carolina yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh ibu-bapanya berjaya ditemui dua hari kemudian di dalam sebuah kereta di bandar Kentucky selepas dia menggunakan isyarat tangan kecemasan yang pernah trending di aplikasi TikTok.

Isyarat tangan yang menandakan seseorang ‘berada didalam bahaya dan memerlukan bantuan’ itu berjaya disedari seorang pemandu kereta yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Mengetahui tanda berkenaan adalah satu isyarat kecemasan yang tular di TikTok, pemandu tersebut terus menghubungi pihak polis memaklumkan yang dia terlihat seorang gadis berulang kali mengangkat tangan dan membengkokkan ibu jari pada tapak tangannya, sebelum menutup keseluruhan tapak tangan tersebut dengan empat jari yang lain.

Dia yang terus mengikuti kereta berkenaan dalam masa sama turut melaporkan kepada polis bahawa gadis didalam kereta yang dipandu seorang lelaki tua kelihatan tertekan.

Menurut Pejabat Sheriff Laurel County di Kentucky, pasukan peronda kemudian berjaya memberhentikan kereta tersebut sewaktu ia cuba menghampiri susur keluar lebuh raya di Kentucky dan menemui gadis tersebut di tempat duduk belakang.

Suspek, James Herbert Brick, 61 berjaya ditahan polis dan kini berdepan beberapa pertuduhan di atas kesalahannnnya itu.

Tanda isyarat kecemasan

Secara ringkasnya, gerak isyarat ini berstujuan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan bantuan tangga menggunakan isyarat lisan.

Mereka yang inging menggunakan dinasihatkan menunjukkan tanda isyarat tersebut semasa berada di hadapan kamera, atau dalam situasi lain yang mana mereka tidak boleh bercakap tentang keadaan mereka secara bebas atau menghadapi kesukaran untuk meminta bantuan.

Namun ia tidak terhadp kepada kes keganasan rumah tangga, menurut Canadian Women’s Foundation, tanda isyarat kecemasa yang tular itu boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai isyarat yang mereka berada di dalam bahaya.

Sebagai rekod, isyarat tersebut sebelum ini tular di aplikasi TikTok dan beberapa lagi platform media sosial lain selepas mereka melancarkan kempen berkenaan pada awal tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.