fbpx
Now Reading
Kampung Malaysia Bernilai RM1.5 Juta Dibina Di Syria Untuk Pelarian

Kampung Malaysia Bernilai RM1.5 Juta Dibina Di Syria Untuk Pelarian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti mengetahui konflik yang berlaku di Syria.

Malah ramai di antara kita yang telah menghulurkan sumbangan wang demi membantu perjuangan rakyat mereka di sana.

Tetapi adakah anda betul-betul tahu ke mana wang anda pergi?

Derma mencurah-curah daripada rakyat Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Syria daripada kesan perang yang tidak berkesudahan sejak 2011.

Dalam tempoh 10 tahun sejak konflik bermula, dianggarkan rakyat Malaysia telah menderma sebanyak RM300 juta melalui pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Bantuan itu lazimnya adalah makanan, ubat-ubatan dan khemah yang dihantar kepada penduduk Syria yang berpindah secara dalaman.

Mereka sering tinggal dalam khemah di kem yang sesak atau pun di kawasan terbuka, asallan ianya selamat daripada ancaman serangan rejim Assad.

Sebuah sekolah yang musnah akibat perang di Syria dan kini menjadi tempat pelarian

Baru-baru ini, dengan konflik yang semakin meningkat di seluruh dunia, bantuan kepada masyarakat Syria ekoran dari sumber yang terhad kerana perlu dibahagikan kepada negara lain seperti Afghanistan dan Lubnan.

Namun, ini tidak menghalang Malaysia For Syria, sebuah NGO dibawah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), untuk membina sebuah perkampungan kecil yang lengkap dengan fasiliti seperti masjid dan sekolah di sebuah kawasan iaitu Al-Bab.

Kampung Malaysia di Al-Bab, Syria

Terletak berdekatan sempadan Turki, Al-Bab merupakan sebuah bandar yang dikawal oleh Tentera Pembebasan Syria (FSA) di wilayah Idlib.

Wilayah Idlib mempunyai sekitar tiga juta penduduk termasuk dua pertiga berhijrah dari wilayah lain selepas kehilangan tempat tinggal susulan perang saudara sejak sedekad lalu.

Juga dikenali sebagai ‘Kampung Malaysia’, projek Kampung Siryan al-Hayah disiapkan bersama NGO yang lain seperti MyFundaction, Cinta Syria Malaysia, Haluan, Muslim Volunteer Malaysia, TheFaithmen dan WeCare (Brunei).

Difahamkan kerja pembinaan yang bermula pada Jun 2020 dan menelan belanja RM1.5 juta telah siap sepenuhnya.

Sekolah yang dibina di kawasan itu boleh memuatkan 300 kanak-kanak, manakala masjid pula boleh menempatkan maksima sehingga 500 jemaah.

Sebanyak 100 rumah konkrit turut dibina dalam projek itu.

Antara rumah konkrit di Kampung Malaysia

Menurut Pegawai Pembangunan Projek MFS, Salman Yusop, lebih banyak inisiatif kemanusiaan yang mampan sedang dijalankan, seperti projek telaga air.

Beliau berkata matlamat penting adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelarian dengan meningkatkan infrastrukstur kesihatan.

“Kami berharap dapat menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan untuk pelarian, supaya mereka boleh menjalani kehidupan sepenuhnya dan menyumbang kepada pembinaan semula komuniti mereka,” ujarnya dalam temuramah oleh The Rakyat Post.

Pelarian Syria, Mohamad Nur Damlahi tidak pernah ingin meninggalkan rumahnya di Aleppo, tetapi bapanya terbunuh dalam perang saudara tersebut.

Sejak kejadian itu, ibu Nur Damlahi sentiasa berasa takut apabila anaknya itu menyatakan hasratnya untuk berjuang sebagai mujahidin, namun perminataannya ditegah oleh ibunya. Beliau tidak sanggup kehilangan anaknya yang pernah terkena tembakan di bahagian kaki.

Demi menyelamatkan keluarganya, pemuda berusia 25 tahun itu kemudian memilih melarikan diri daripada peperangan bersama keluarganya pada tahun 2014 sewaktu konflik semakin meruncing.

Setibanya di selatan Turki berhampiran sempadan Syria, beliau bekerja dengan NGO di saną untuk membantu pelarian yang lain serta membina semula negaranya .

Kanak-kanak Syria pulang ke rumah selepas hadir ke sekolah di Kampung Malaysia

“Pada masa itu, kami tidak tahu sama ada sesiapa di dunia luar akan membantu kami.

“Perlu diingatkan bahawa ketibaan pelarian Syria telah menjadi satu beban besar bagi Turki,” kata Nur Damlahi

Turki adalah tuan rumah kepada jumlah pelarian terbanyak di dunia, walaupun mereka sendiri bergelut dari segi ekonomi.

Namun bantuan datang daripada jiran yang jauh lebih daripada 7,000 km jauhnya, iaitu Malaysia.

Sebelum ini, ramai dikalangan masyarakat Syria yang tidak pernah mendengar nama Malaysia.

Bercakap kepada The Rakyat Post, Muhammad Nur merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia, kerana memberikan keadaan yang selamat untuk pelarian Syria tinggal bersama.

Seorang lagi pelarian Syria, Bayan Sabbagh, yang sentiasa berharap untuk kembali ke kampung halamannya di Aleppo suatu hari nanti, menjeaslkan rakyat Malaysia memberi harapan kepada rakan senegaranya.

Penuntut universiti itu berkata usaha rakyat Malaysia akan memainkan peranan yang penting dan berpanjangan dalam memulihkan keamanan dan ketenteraman di bumi Syria.

Beliau membantu dalam kerja-kerja kemanusiaan oleh NGO dari Malaysia khususnya dengan bekerja sebagai jurubahasa dan ‘runner’ untuk mereka.

Kerja itu membolehkan Sabbagh untuk menampung kos pendidikan universitinya di bandar Gaziantep di Turki, hanya 97 kilometer di utara Aleppo.

“Sejak konflik bermula, rakyat Malaysia mencuba sedaya upaya untuk membantu kami dengan apa sahaja yang kami perlukan,” katanya.

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah, yang menyokong dasar ‘penglibatan konstruktif’ atau ‘tidak acuh tak acuh’, memuji kemurahan hati rakan senegaranya.

“Saya menggalakkan NGO-NGO untuk terus terlibat secara aktif dalam bantuan kemanusiaan global sebagai sebahagian daripada diplomasi kemanusiaan Kementerian Luar, selaras dengan konsep Kewujudan Bersama Yang Aman,” katanya.

Sementara itu, diplomat kemanusiaan Datuk Ahmad Azam berkata Malaysia berhasrat untuk menggalakkan diplomasi kemanusiaan di serata dunia negara.

Datuk Ahmad Azam melawat sekolah di Kampung Malaysia baru-baru ini

Beliau berkata diplomasi kemanusiaan adalah mengenai advokasi, rundingan, komunikasi, perjanjian rasmi dan langkah lain dalam menggalakkan ‘decision maker’ dan pemimpin negara untuk bertindak, pada setiap masa, demi kepentingan golongan yang kurang bernasib baik.

“Keputusan untuk melibatkan diri dalam diplomasi kemanusiaan bukanlah pilihan tetapi tanggungjawab.

“Kita boleh meringankan beban mereka, atau menjadikannya tidak tertahan. Pilihan ada ditangan kita,” kata Datuk Ahmad yang juga merupakan Penasihat Khas Kementerian Luar Negeri ke Afghanistan.

Gencatan senjata telah diusahakan sekutu regim Syria, Russia dan penyokong pemberontak sejak Mac 2020.

Namun, serangan yang menyebabkan kematian orang awam masih berlaku dari masa ke masa terutamanya oleh rejim Assad.

Presiden Syria, Bashar al-Assad telah berkata untuk merampas kembali kawasan yang dikuasai pemberontak.

Setakat ini, sekitar setengah juta nyawa terkorban sejak perang Syria bermula pada 2011 apabila rejim Assad cuba meleraikan tunjuk perasaan anti-kerajaan secara kekerasan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.