fbpx
Now Reading
Samsung Sekali Lagi Perli Apple, Tawar Kain Lap Yang Lebih Besar Secara Percuma

Samsung Sekali Lagi Perli Apple, Tawar Kain Lap Yang Lebih Besar Secara Percuma

Difahamkan penawaran kain secara percuma itu diberikan Samsung menerusi satu promosi khusus buat pengguna Samsung Galaxy di Jerman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apple sekitar Oktober lalu menjadi topik hanggat peminat dunia IT gara-gara menjual Apple Polishing Cloth, sejenis kain pengelap skrin pada harga RM 99.

Meskipun menerima permintaan yang tinggi di seluruh dunia khususnya oleh penggemar Apple, syarikat gergasi IT itu turut mendapat kritikan dan dijadikan bahan jenaka kerana harganya yang disifatkan agak mahal dan berstatus kayangan walhal ia hanyalah sebuah kain.

Terbaharu, syarikat pesaing mereka Samsung sekali lagi menjadikan Apple dan kain lap kayangan tersebut sebagai ‘bahan’ apabila menawarkan kain pengelap skrin secara percuma.

Difahamkan penawaran kain secara percuma itu diberikan Samsung menerusi satu promosi khusus buat pengguna Samsung Galaxy di Jerman.

Bukan sahaja percuma, saiz juga lebih besar

Bukan setakat menawarkan kain lap berkenaan secara percuma, kain yang diberikan Syarikat IT dari Korea Selatan itu juga lebih besar berapa sentimeter dari yang ditawarkan Apple.

Difahamkan kain bersaiz 20cm x 20cm ini akan ditawarkan kepada 1,000 pengguna Galaxy menerusi aplikasi Samsung Members.

Menurut Android Headlines, pengumuman tersebut yang didalam Bahasa Jerman jika diterjemah berbunyi :

“Dengan promosi ini, Samsung sekali lagi menambah persaingan dengan Pesaing Utama, Apple. Mereka pada acara terbaharu telah menyebabkan kekecohan dengan melancarkan kain pengelap untuk iPhone pengguna pada tanda harga €25.

“Kain Apple berukuran 16 x 16 CM (sentimeter), jadi berdasarkan spefikasi semata-mata, kain percuma memenangi perbandingan ini. Ia 50% lebih besar – dan €25 lebih murah”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.