fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar Di Stesen Minyak Sudah Ditahan Polis [Video]

Lelaki Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar Di Stesen Minyak Sudah Ditahan Polis [Video]

Polis turut merampas pakaian, motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek ketika kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang lelaki memukul seorang warga emas di Stesen Minyak Shell di Jalan Duta.

Menerusi video tersebut, mangsa pada mulanya sedang memandu Proton Perdana manakala lelaki berkenaan yang sedang menunggang motosikal berjalan kearah yang sama sebelum warga emas berkenaan berhenti di salah satu pam di sana.

Mungkin berang melihat warga emas berkenaan masuk ke petak pam minyak disasarkannya, suspek kemudian bertindak menghampiri warga emas hingga berlaku sedikit pertengkaran.

Gagal mengawal kemarahannya, suspek kemudian bertindak menghayun topi keledar yang sedang dipegangnya tepat mengenai kepala mangsa menyebabkan warga emas itu terduduk.

Seorang petugas dan orang awam kemudian menghampir mangsa untuk menghulurkan bantuan manakala penunggang motosikal terbabit menggunakan kesempatan yang ada untuk melarikan diri.

Suspek mempunyai rekod dadah dan dikehendaki polis berbabit kes berkenaan

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan suspek yang merupakan seorang pemandu peribadi sudah pun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati suspek yang berusia 38 tahun itu mempunyai satu rekod dadah dan masih dikehendaki polis.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah pada 2010 dan masih dikehendaki polis bersabit kes berkenaan. Hasil saringan ujian air kencing pula mendapati lelaki itu negatif dadah” kata ACP Amihizam.

Direman tiga hari mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Dia bagaimanapun direman tiga hari hingga Selasa ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata.

Turut rampas pakaian, motosikal dan topi keledar suspek

Polis dalam masa sama turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian, selain sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR3 dan satu topi keledar bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya akan merakam kenyataan mangsa sebaik dia bersedia dan pulih sepenuhnya.

Mangsa yang berusia 64 tahun baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang mendapatkan rawatan di hospital pula sudah dibenarkan keluar wad hari ini. Kita akan rakam keterangan mangsa selepas dia bersedia dan pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pagi Ahad.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.