fbpx
Now Reading
Isu Video Tular Dibanjiri Pengunjung, Polis Sahkan Sunway Lagoon Tidak Langgar SOP

Isu Video Tular Dibanjiri Pengunjung, Polis Sahkan Sunway Lagoon Tidak Langgar SOP

Difahamkan hanya ada 1,900 orang pengunjung didalam taman tema air berombak itu semasa kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video memperlihatkan kesesakan luar biasa di taman teman air Sunway Lagoon.

Mula dimuat naik di aplikasi TikTok sebelum dikongsikan semula oleh portal ‘Rizal Hakimm Punyer’ di Facebook, polis kemudian memaklumkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut.

Baca artikel berkaitan : Polis Siasat Video Pengunjung Bersesakan Di Sunway Lagoon

Terbaharu  Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mengesahkan tiada sebarang perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) di taman tema berkenaan seperti yang tular di media sosial.

@safwann13 Balas kepada @prvthirahhh #fyp #fypシ #prayformalaysia ♬ bunyi asal – Wawan

Hanya ada 1,900 orang pengunjung semasa kejadian

Sebaliknya jumlah pengunjung yang berada di dalam taman tema air berombak tersebut pada hari kejadian adalah seramai 1,900 orang, sekaligus kurang dari jumlah yang dibenarkan mengikut SOP, lapor Sinar Harian.

Jelas beliau, siasatan yang dilakukan pihak polis mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu satu masa.

Namun mengikut ketetapan SOP MKN Fasa 4 PPN, hanya 5,000 orang pengunjung yang dibenarkan dalam satu-satu masa.

“Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.”

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa.

Asisten Komisioner Abd Khalid Othman

Polis nasihat tetapkan had 1,000 dalam satu-satu masa dan telah dipersetujui pengurusan taman tema

Pihak polis bagaimanapun telah menasihatkan pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon untuk menetapkan had 1,000 orang di taman air berombak itu dalam satu masa.

Saranan tersebut kemudiannya dipersetujui oleh pengurusan Sunway Lagoon yang turut memaklumkan akan mengambil langkah bersesuaian dalam melaksanakannya.

“Pihak mereka turut memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan.

“Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon juga akan sentiasa memastikan supaya semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.