fbpx
Now Reading
Mengidam Jeruk Mangga Punya Pasal, Kereta Waja Berhenti Mengejut Hingga Sebabkan Kemalangan [Video]

Mengidam Jeruk Mangga Punya Pasal, Kereta Waja Berhenti Mengejut Hingga Sebabkan Kemalangan [Video]

Lebih menaikkan kemarahan orang ramai apabila dia dilihat memandu pergi begitu sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang pihak berkuasa sudah berkali-kali memberi amaran dan peringatan bahawa aktiviti penjualan di persimpangan lampu isyarat adalah tidak dibenarkan.

Bukan hanya membahayakan golongan peniaga, aktiviti ini juga membahayakan pengguna jalan raya lainnya kerana boleh menyebabkan kemalangan atau lebih teruk lagi, kematian.

Baca artikel berkaitan : Jual Beli Di Lampu Isyarat, Pembeli Juga Berdepan Saman RM2,000

Terbaharu tular di laman Facebook satu rakaman dash cam memaparkan sebuah Proton Waja telah berhenti mengejut di tengah-tengah jalan raya dipercayai di Pulau Pinang semata-mata untuk membeli jeruk buah yang dijual seorang penjaja.

Dimuat naik seorang penguna Facebook, Da Vid di laman Facebook Bukit Mertajam, tindakan pemandu ini bagaimanapun telah mengakibatkan dua atau lebih kenderaan di belakangnya berlanggar sesama sendiri.

Pada awal video tersebut, pemilik dash cam dilihat sudah berjaya memberhentikan kenderaannya sebaik menghampiri kereta Waja berkenaan.

Namun tidak lama kemudiannya, keretanya dilihat beranjak sedikit kehadapan dipercayai impak dari perlanggaran dengan kereta di belakang.

Insiden tersebut nyata mengejutkan ramai netizen yang menyifatkan pemandu Waja itu sebagai penting diri kerana sanggup berhenti di tengah jalan semata-mata untuk membeli makanan berkenaan tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Lebih menaikkan kemarahan orang ramai apabila Proton Waja tersebut dilihat memandu pergi begitu sahaja tanpa rasa bersalah walhal dia adalah punca yang menyebkan kemalangan tersebut terjadi.

Bersama video tersebut, turut tular satu foto dipercayai selepas perlanggaran terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam hebat tindakan pemandu berkenaan. Ramai yang turut menyarankan agar pemillik video tersebut untuk membuat laporan kepada pihak polis dan juga JPJ.

Pemilik video tersebut kemudiannya tampil memaklumkan yang dia sudahpun membuat laporan polis mengenai insiden terbabit.

Berikut antara komen-komen menarik yang ditulis netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.