fbpx
Now Reading
Belum Rasmi Dilancarkan, Perodua Sudah Terima 3,000 Tempahan Untuk Myvi Baharu

Belum Rasmi Dilancarkan, Perodua Sudah Terima 3,000 Tempahan Untuk Myvi Baharu

Myvi generasi ketiga ini akan dilancarkan pada khamis ini, 18 November tepat pada jam 9 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah berkongsi gambar acah model Myvi terbaharu mereka.

Model baharu generasi ketiga ini difahamkan akan hadir dengan beberapa varian iaitu 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.

Difahamkan, semua varian ini hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua sudah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.

Dari segi warna pula, PERODUA akan memperkenalkan warna terbaharu iaitu Cranberry Red untuk varian AV bersama lima lagi warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tiada untuk varian AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Foto : Paultan

Bakal ditawarkan pada julat harga dari RM45,700 hingga RM58,800, Myvi generasi ketiga ini akan dilancarkan pada Khamis ini, 18 November tepat pada jam 9 malam.

Mereka dalam masa turut memaklumkan model berkenaan sudah boleh ditempah menerusi laman web Perodua di sini bermula 9 November.

Foto: PERODUA

Namun siapa sangka tidak sampai seminggu dibuka dan belum pun rasmi dilancarkan, model ini sudah pun menerima lebih 3,000 tempahan.

Menerusi laporan BH Online, perkara itu dikongsikan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada prebiu media Myvi di Rawang.

Jelas beliau, model tersebut telah mendapat sambutan yang positif dari pelanggan sejak mula ia diperkenalkan.

Tambah beliau lagi, Perodua kini sedang giat menghasilkan model baharu sejak 9 November lalu. Mereka juga difahamkan sudah memulakan penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

Myvi generasi ketiga ini tampil dengan beberapa penambahbaikan di mana model utamanya akan didatangkan dengan teknologi yang dinaik taraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, selain penampilan baharu yang lebih ‘sporty’.

Beliau sebelum ini turut memaklumkan bahawa model terbaharu ini  akan mempunyai fungsi kecekapan bahan api yang lebih baik berbanding model-model terdahulu.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi baharu di mana ia kini mampu mencapai sehingga 22.2 km/l (diuji pada varian 1.3L) dari 21.1 km setiap liter sebelum ini.

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan kami yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.