fbpx
Now Reading
Netizen Indonesia Panas Hati Selepas Adidas Sebut Wayang Kulit Berasal Dari Malaysia

Netizen Indonesia Panas Hati Selepas Adidas Sebut Wayang Kulit Berasal Dari Malaysia

Ianya berlaku sewaktu Adidas memperkenalkan salah satu design kasut UltraBOOST SEA DNA CITY PACK yang dihasilkan artis dari Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adidas Singapura baru-baru ini telah melancarkan model terkini bagi kasut UltraBoost mereka.

Berkolaborasi dengan 6 artis dari Asia Tenggara iaitu Jaemy Chong dari Malaysia, dan lima lagi dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, kesemua mereka akan menghasilkan design khas di bawah koleksi UltraBOOST SEA DNA CITY PACK.

Namun siapa sangka pelancaran salah satu dari model tersebut iaitu yang dihasilkan Jaemy Chong dengan tema wayang kulit telah menjadi topik hangat di Indonesia.

Semuanya gara-gara Adidas menyebut bahawa wayang kulit adalah berasal dari Malaysia pada satu posting di Instagram mereka sewaktu memperkenalkan kasut tersebut, lapor CNN.

‘Serang’ akaun Instagram Adidas

Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan Adidas, netizen Indonesia mula menyerang akaun Instagram mereka meminta syarikat gergasi sukan itu untuk memohon maaf.

Malah ramai yang meminta mereka menarik balik kenyataan yang dikeluarkan bahawa wayang kulit adalah berasal dari Malaysia.

Adidas tampil mohon maaf 

Difahamkan Adidas sudah pun tampil membuat permohonan maaf bagi meredakan isu terbabit.

“Terima kasih kerana menghubungi kami, meskipun wayang kulit adalah bahagian penting dalam warisan budaya Malaysia, kami seharusnya menekankan asalnya dari Indonesia dalam posting kami”

Mereka dalam masa sama turut menukar kapsyen pada posting tersebut dengan mengubah perkataan ‘berasal dari Malaysia’ kini kepada ‘berasal dari Indonesia’.

Sebagai info, kasut ini akan mula dijual pada 26 November ini dengan harga RM869. Anda boleh mendapatkannya di laman web Adidas di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.