Banyak Berkongsi Nasihat, Status Arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy Di FB Jadi Perhatian
Kesemua hantaran ini dikongsikan seorang rakan sekerja Allahyarham yang dikenali sebagai Aman Nazman.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas kira-kira pukul 10.07 malam tadi di atas landasan Pangkalan Udara Butterworth nyata mengejutkan orang ramai.
Tragedi tersebut menyebabkan seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy terkorban manakala Mejar Mohd Fareez Omar mengalami cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Terbaharu, tular di media sosial beberapa hantaran lama yang dilakukan Allahyarham Kapten Mohamad Affendi di akaun Facebook milik arwah.
Difahamkan hantaran-hantaran tersebut dikongsikan seorang rakan sekerja Allahyarham, Aman Nazman.
Mengakui terkejut dengan pemergian mengejutkan arwah, Aman menjelaskan niatnya berkongsi semua hantaran tersebut kerana merasakan mesej-mesej yang ditulis Allahyarham begitu memberi motivasi.
“Seram sejuk dibuatnya dapat perkhabaran Kapt Affendi Bustamy TUDM telah pergi buat selama2nya.
“Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan dimalam hari, sungguh cemburu. Banyak kenangan yg terimbau sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth.
“Terdetik nak tengok kembali status-status Tuan, walaupun ringkas tapi penuh motivasi. Semoga roh Tuan dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 nya yg beriman.. ” tulis Aman Nazman panjang lebar pada hantaran tersebut.
Banyak nasihat ke arah kebaikan dan kematian tidak terduga
Hasil pemerhatian kami mendapati kebanyakan status yang ditulis arwah memang banyak berunsurkan nasihat kepada kenalannya agar terus berbuat perkara kebaikan selain memberi peringatan mengenai kematian yang tidak terduga.
Berikut antara status-status arwah yang mencuri perhatian orang ramai hingga menjadi tular dan sohor di semua platform media sosial.
Antara status yang