Forest City Johor Disenaraikan Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia
Menerusi video tersebut Forest City tersenarai sebagai Projek Mega ke-2 Paling Tidak Berguna di dunia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rakyat Malaysia khususnya di selatan tanah air pasti cukup tahu tentang Projek Mega, Forest City di Johor.
Secara ringkasnya, Forest City adalah satu projek futuristik mewah dilancarkan di era pentadbiran Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak yang dibina di atas empat pulau buatan yang terletak tidak jauh dari Singapura.
Projek yang mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai AS$100 bilion (RM413.77 bilion) ini pada awal pembinaanya dijangka berpotensi menempatkan sehingga 700,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada 2035.
Namun ia berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancarannya antaranya menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah disana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Terbaru, nama Forest City menjadi bualan apabila sebuah saluran Youtube, Top Luxury telah menyenaraikan projek mega ini sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.
Menerusi laporan Top Luxury, memandangkan projek ini mendapat pembiayaan oleh China, sebagai pulangan rakyat mereka diberikan kelebihan untuk memiliki kediaman di sini.
Malah menurut mereka, sebahagian nama jalan dan papan tanda di sini ditulis di dalam bahasa Cina.
Bukan itu sahaja, mereka mendakwa hampir 80% dari pemilik di kawasan ini pada tahun 2019 adalah terdiri dari warga China disebabkan harganya yang terlalu mahal untuk dimiliki rakyat tempatan.
“By 2019, 80% of the property owners were Chinese, even the street signs were in Mandarin and the few schools that opened in the area were offering Mandarin courses.
“The native Malaysians simply can’t afford to buy these apartments as the property prices are set with only the Chinese markets in mind”
Namun keadaan mula berubah apabila Tun Mahathir yang kembali dilantik menjadi Perdana Menteri lantang menghalang pembelian hartanah di sana oleh orang asing.
Jelas beliau bandar yang sedang dibina itu tidak akan dijual kepada orang asing malah kerajaan pimpinannya tidak akan memberikan visa untuk mereka datang dan menetap di sana.
Penularan wabak Covid-19 turut memberikan tamparan hebat kepada projek mega ini apabila banyak pelabur mula menarik diri dan jumlah jualan begitu merosot dan hasilnya pada tahun 2020, kurang dari 500 orang yang mendiami kawasan tersebut.
Angka ini disifatkan sebagai angka yang begitu rendah atau dalam bahasa mudahnya ‘gagal’ memandangkan tempat ini mampu menempatkan 700 ratus ribu orang pada satu-satu masa.
“So by the start of 2020, less than 500 people were actually living in the residential developments which is not a lot considering that Forest City is designed for 700,000 people.
“The project has remained in flux ever since with some salespeople claiming that fewer than 10 homes were sold at Forest city since the start of the Coronavirus pandemic”
Malah menurut Top Luxury, projek ini juga disifatkan semakin tidak menentu pabila pemaju, County Garden beberapa tahun lalu mula melaksanakan pemberhentian pekerja seramai 1,000 orang memberikan petanda kemerosotan pada perancangan projek tersebut.
Dengan semua faktor ini, mereka merumuskan projek ini walaupun sudah disuntik dengan berbilion dollar tidak mampu mengubahnya sebagai projek mega yang tidak berguna di dunia buat masa ini.