
“Lambat Laun Jadi Spot Paranormal” – Selepas Lebih Setahun Ditutup, Ini Keadaan Terkini Taman Tema MAPS Perak
Ramai berharap MAPS akan kembali beroperasi atau tidak bakal menjadi satu lagi lokasi sasaran pasukan paranomal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat pada 28 Januari tahun lahu, kami ada melaporkan yang Taman Teman Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak telah ditutup.
Ramai pada mulanya menjangkakan penutupan taman tema tersebut hanyalah bersifat sementara memandangkan notis yang dikeluarkan The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young memaklumkan penutupan akan dilakukan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Namun selepas hampir dua tahun, masih tiada perkembangan dan ura-ura mengenai pembukaan semula MAPS.
Keadaan ini membuatkan orang ramai sudah mula melupakan taman tema itu yang pernah menjadi tumpuan pelancong dari serata Malaysia dan luar negara itu.
Terbaru, perkongsian yang dilakukan laman Viral Perak di Twitter telah menunjukkan keadaan terkini di MAPS yang dilihat tidak lagi terurus.
Jelas menerusi foto yang dikongsikan, terdapat rimbunan lalang yang meliar tinggi di hampir kesemua kawasan itu baik di kawasan parkir mahupun di pintu masuk.



Perkongsian tersebut nyata mengejutkan ramai netizen di mana ramai berharap taman tema berkenaan akan kembali beroperasi atau tidak ia bakal menjadi satu lagi lokasi sasaran pasukan paranomal.
Taman Tema Animasi MAPS Ipoh, terbengkalai tanpa khabar dan hala tuju. Lambat laun jadi spot paranormal 👻
— VIRAL PERAK (@viralperak) November 16, 2021
Foto: ‘Aqilah Shahruzzaman pic.twitter.com/FZ0ItKVh3b
Malah ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang menyebabkan projek tersebut menjadi sebegitu rupa.
Kenapa dia tutup weyh?
— Captain Havoc (@_ahmadfathi_) November 16, 2021
Tu lah, drpd cadang nk up LRT, baik upgrade MAPS ni. Kalau tak de idea, boleh je buat poll idea. Anak Perak bergeliga semua.
— @PaPaCaS (@admobile2) November 16, 2021
Idea bagus?😆
— Muiz Johari (@muizOfficial) November 16, 2021
Sedihnya 🙁 tempat seronok gila, cuma maybe harga dia yg tak affordable utk orang. Patut cari inisiatif lain.
— نور سوهاينا (@bysuehaina) November 17, 2021
Sebagai rekod, Animation Theme Park (ATP) Sdn Bhd yang mengendalikan MAPS sebelum ini gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).
Malah sebelum penutupannya, mereka sudah pun berdepan masalah tunggakan bil elektrik hampir RM4 juta hingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik.