fbpx
Now Reading
Video Lelaki Palestin Menangis Lihat Rumahnya Dirobohkan Buat Ramai Berduka

Video Lelaki Palestin Menangis Lihat Rumahnya Dirobohkan Buat Ramai Berduka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan rata-rata rakyat Malaysia sentiasa mengambil tahu dengan apa yang berlaku di Palestin.

Penindasan yang berterus oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin menyebakan majoriti rakyat di negara ini dan kebanyakan negara islam begitu membenci negara haram tersebut.

Terbaru, tular satu lagi video memperlihatkan kesengsaraan seorang rakyat Palestin apabila rumahnya di kawasan kejiranan Palestin, Ras al-Amoud yang terletak di wilayah Timur Baitulmaqdis dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel.

Iyad Burqan yang menetap di rumah berkenaan bersama 10 ahli keluarganya terpaksa akur selepas diberi kata dua oleh pihak berkuasa.

Menerusi video tersebut, dia kelihatan gagal mengawal emosinya apabila menitiskan air mata sewaktu menyaksikan rumah yang sebelum ini menjadi tempat dia sekeluarga berteduh dirobohkan.

Memetik laporan Al-Qastal, sekiranya dia menolak arahan merobohkan rumah tersebut, dia bakal disabitkan denda yang berat oleh pasukan Israel. 

Perkongsian video tersebut mencuri perhatian orang ramai. Ramai yang bersedih dan berduka melihat betapa besarnya ujian yang sedang dihadapi lelaki Palestin ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.