
“Boleh Diusir & Blacklist.. ” Seolah Cabar Pihak Berkuasa, Imigresen Beri Amaran Pada Geng ‘Karen’ Tak Pakai Mask
Mereka yang gagal mematuhi SOP juga boleh dibatalkan pas dan kemudahan imigresen yang diberikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu melibatkan beberapa individu bukan warga negara yang enggan memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam bukan lagi perkara baru di dalam Malaysia.
Sudah berlanjutan sejak bulan lalu, isu tersebut sekali lagi panas di media sosial sejak malam tadi selepas seorang pengguna Twitter berkongsi satu foto memaparkan dua wanita kulit putih dipercayai dari kalangan ekspatriat yang dilihat santai berjalan tanpa menggunakan pelitup muka di Taman KLCC.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia Daerah Dang Wangi (PDRM) menerusi satu kenyataan memaklumkan sudah pun membuka kertas siasatan berhubung isu tersebut.
Mereka juga memaklumkan akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Baca artikel berkaitan : Polis Siasat Foto Tular Dua Karen Tak Pakai Pelitup Muka di Taman KLCC

Terbaharu, isu ini turut mendapat perhatian Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang tampil memberi peringatan kepada warga asing untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan atau berdepan pengusiran.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud, ada di kalangan warga asing yang dilihat seperti sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka.
“Sehubungan itu Jabatan Imigresen Malaysia menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi-agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19.
Akan batalkan pas, usir dan senarai hitamkan
Tambah beliau lagi, JIM juga tidak teragak-agak untuk membatalkan pas serta kemudahan imigresen yang telah diberikan kepada mereka yang terus ingkar.
Bahkan dia menjelaskan mereka juga boleh diusir pulang ke negera asal dan selanjutya disenaraihitamkan dari memasuki Malaysia semula.
“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Pas dan sebarang kemudahan Imigresen yang telah diberikan.
“Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan dari memasuki negara ini semula, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.”
WARGA ASING LANGGAR SOP DAN PERATURAN BOLEH DIUSIR PULANG KE NEGARA ASAL.https://t.co/ctyCStOrXy pic.twitter.com/IbOPDydxGk
— Imigresen Malaysia (@imigresenmy) November 18, 2021
Khairul Dzaimee dalam masa sama turut mengingatkan warga tempatan yang menjadi penaja atau majikan kepada warganegara asing untuk lebih bertanggungjawab bagi memastikan mereka patuh kepada arahan dan undang-undang negara.