fbpx
Now Reading
Lebih Cepat & Jimat Kos, Apple Kini Benarkan Pengguna Baiki iPhone Sendiri

Lebih Cepat & Jimat Kos, Apple Kini Benarkan Pengguna Baiki iPhone Sendiri

Pemilik yang memulangkan kembali bahagian yang rosak akan menerima pengurangan sewaktu membeli alat ganti baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat pengguna iPhone! Apple tidak lama lagi akan mula membenarkan semua pemilik iPhone serta semua peranti lain keluaran mereka untuk membaiki sendiri peralatan mereka.

Akan mula dilaksanakan bermula tahun depan untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS) diikuti negara-negara lain secara berperingkat, ini bermakna pengguna kini tidak perlu risau untuk membaiki peranti mereka tanpa perlu menghantar ke Pusat Servis Bertauliah Apple (AASP) seperti kebiasaannya.

Apple menerusi satu kenyataan menjelaskan, program Self Service Repair ini akan menawarkan perkakasan dan alat ganti kepada pengguna iphone 12 dan 13 diikuti beberapa lagi model komputer Mac yang menggunakan Cip M1.

Foto : Apple

Namun bagi permulaannya, mereka akan menumpukan pada alatan di bahagian peranti yang lebih cenderung untuk rosak seperti kamera, bateri dan skrin pada iPhone 12 dan 13 dengan menawarkan lebih 200 alatan dan alat gantinya.

Ia kemudian akan disusuli dengan beberapa bahagian dan komponen lainnya.

The initial phase of the program will focus on the most commonly serviced modules, such as the iPhone display, battery, and camera. The ability for additional repairs will be available later next year.

The new store will offer more than 200 individual parts and tools, enabling customers to complete the most common repairs on iPhone 12 and iPhone 13.

Dapat kredit jika pulangkan barangan asal untuk kitar semula

Bukan itu sahaja, pemilik yang memulangkan kembali bahagian yang telah rosak untuk tujuan kitar semula akan menerima pengurangan sewaktu membeli alat ganti.

Following the repair, customers who return their used part for recycling will receive credit toward their purchase.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams, kewujudan akses yang lebih luas untuk alat ganti tulen Apple pasti memberikan pelanggan mereka lebih banyak pilihan sekiranya ada kerja pembaikan yang perlu dilakukan.

“Sejak tiga tahun lepas, Apple hampir menggandakan bilangan lokasi perkhidmatan yang menawarkan alat ganti tulen, peralatan dan latihan dan kini kami akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang ingin membaiki peranti mereka sendiri”

Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams

Syarikat gergasi teknologi itu sebelum ini hanya membenarkan sebarang kerja membaik pulih sebarang komputer atau peranti-perantinya dilakukan oleh AASP yang dilantik di setiap negara, dan kegagalan mematuhinya mungkin menyebabkan jaminan terbatal.

Keadaan ini secara tidak langsung menyukarkan urusan pengguna di mana mereka bukan sahaja perlu membayar kos yang tinggi (untuk sesetengah kes) selain perlu menanti peranti mereka siap dibaiki dalam tempoh masa yang agak lama.

Isu ini kemudian menyebabkan Apple menerima kritikan hebat malahan tindakan undang-undang berhubung kawalan ketatnya terhadap ‘ekosistem’, daripada perkakasan iPhone kepada aplikasi yang dibenarkan pada telefon bimbit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.