fbpx
Now Reading
Video Lelaki Berlari Riang Lihat Kawan-Kawan Datang Jemput Masa Keluar Penjara Buat Ramai Sebak

Video Lelaki Berlari Riang Lihat Kawan-Kawan Datang Jemput Masa Keluar Penjara Buat Ramai Sebak

Mereka kemudian dilihat bersalaman dan berdakapan sesama sendiri selepas lebih setahun tidak bersua muka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui bukan mudah untuk kita memiliki rakan yang betul-betul tulus dan akan sentiasa berada bersama disaat jatuh dan bangun kita.

Namun sebuah persahabatan yang terjalin atas dasar keikhlasan pasti sentiasa utuh dan sukar dilerai meskipun ada di antara mereka yang jatuh, bermasalah atau pun telah melakukan kesilapan.

Ini kerana mereka tidak meletakkan jurang antara rakan-rakan dan berpegang pada prinsip yang persahabatan itu lebih bernilai dari apa pun.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan perkongsian seorang pengguna TikTok, @azhxrrr__ yang memuat naik satu video memperlihatkan seorang pemuda yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh sekumpulan rakan-rakannya.

Berlari riang sambil tersenyum

Dia yang pada mulanya berjalan keluar dari pagar utama Penjara Kajang kemudian dilihat berlari riang kearah rakan-rakannya sambil tersenyum.

Mereka kemudian dilihat bersalaman dan berdakapan sesama sendiri selepas lebih setahun tidak bersua muka.

“Setelah setahun tak jumpa akhirnya kau bebas juga..”

@azhxrrr__ Alhamdulillah 🤲🏻 #fyp #fypシ #esekeli #xyzbca #trending #foryou #foryoupage #viral2021 #masukberanda ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Jelas ekspresi yang ditunjukkan pemuda tersebut seolah-olah menggambarkan yang dia begitu terharu dan gembira dengan kehadiran rakan-rakannya.

Semangat setia kawan yang ditunjukkan sesama mereka nyata mencuri perhatian dan menyentuh hati netizen.

Ramai dalam masa sama turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi pemuda tersebut yang gembira apabila rakan-rakan sudi menghadirkan diri menyambut dirinya yang baru sahaja dibebaskan.

Berikut antara komen menarik yang dikongsikan netizen :

Siapa sangka keluar disambut rakan

Tengok dia lari nampak dia happy sangat

Ada ketika kita tersilap langkah atau dianiaya tapi jangan pernah putus asa

Pandai orang lelaki hargai friendship

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.