fbpx
Now Reading
Gara-gara Teh Halia Disangka Dadah, Dua Rakyat Malaysia Dipenjara 4 Bulan Di Australia

Gara-gara Teh Halia Disangka Dadah, Dua Rakyat Malaysia Dipenjara 4 Bulan Di Australia

Dua beranak itu difahamkan sedang mengemukakan saman terhadap pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka niat seorang ibu dan anaknya membawa masuk 25 kg teh halia perang untuk dijual di Australia telah disalah ertikan oleh pihak berkuasa di sana hingga menyebabkan mereka dipenjara selama 4 bulan.

Semuaya gara-gara pihak berkuasa Australia menyangkakan teh berkenaan adalah sejenis dadah yang diimport dari luar negara.

Connie Chong Vun Pui dan anakya, Melanie Lim San Yan difahamkan mengimport masuk teh tersebut yang kebiasaannya digunakan para wanita di Malaysia untuk meredakan sakit senggugut yang dialami ketika menstruasi.

Foto : Vice

Menjangkakan mampu menjualnya dengan harga yang sedikit tinggi, mereka kemudian mengimport masuk produk berkenaan untuk dipasarkan di negara kanggaru itu.

Namun nasib anak beranak ini tidak berapa baik apabila produk berkenaan ditahan di lapangan terbang antarabangsa Sydney pada Januari lalu selepas Pasukan Sempadan Australia (ABF) tersilap mengenalpasti kandungannya dan menyangkakan ia adalah dadah jenis amfetamin.

Pihak berkuasa kemudian tidak menunggu lama apabila sepasukan polis lengkap bersenjata telah menyerbu rumah mereka yang terletak di barat daya Sydney pada Januari lalu menahan kedua-duanya.

Nasib mereka menjadi lebih malang apabila mereka terus dipenjarakan tanpa jaminan, meskipun pihak berkuasa telah dimaklumkan terdapat masalah dalam mengenal pasti bahan berkenaan dalam beberapa siri ujian.

Selepas beberapa bulan duduk di sebalik tirai besi, tuduhan terhadap mereka ditarik kembali oleh pihak berkuasa pada 10 Ogos apabila polis New South Wales menerima laporan lengkap dan analisis forensik mereka sendiri.

Menerusi laporan Vice, ABF telah menggunakan ujian ‘hazmat’ dan mendapati ‘serbuk terlarang’ yang diimport tersebut mengandungi Phenmetrazine, bahan perangsang haram yang kebiasannya digunakan untuk tujuan rekreasi.

Mahkamah dalam masa sama turut mendengar bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan Phenmetrazine namun ia tidak terhad kepada barangan itu sebaliknya turut merangkumi gula, sukrosa dan gula tepung.

Difahamkan, anak beranak ini yang telah diikat jamin pada Mei lalu sudah pun mengemukakan tuntutan saman terhadap pihak pendakwa namun mereka enggan membayarnya.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan sebutan kes akan bersambung pada Mac 2022.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.