fbpx
Now Reading
Polis Tahan 2 Lelaki & Buru 4 Lagi Individu Jadi Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi

Polis Tahan 2 Lelaki & Buru 4 Lagi Individu Jadi Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi

Polis turut mengesan 4 lagi individu yang turut menjadi marshal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memperlihatkan beberapa marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi bertindak mengawal dan memberhentikan kenderaan orang ramai di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Dipercayai berlaku pada 20 November lalu, marshal ini dilihat bertindak sedemikian bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoi iaitu penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk melepasi lampu isyarat merah.

Tindakan individu tersebut nyata mengundang kecaman orang ramai memandangkan undang-undang jalan raya hanya membenarkan anggota polis sahaja untuk menahan atau melencong kenderaan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed kemudiannya memaklumkan sedang mengesan individu terlibat yang tular di didalam video itu dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Polis serta Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan Jalan 1987.

Terbaharu hari ini, pihak polis sudah pun menahan dua lelaki yang menjadi pengiring atau marshal konvoi tersebut.

Menurut Aidi Sham, dua lelaki berkenaan yang berusia 26 dan 27 tahun dan masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

Mereka ditahan di rumah masing-masing pada pukul 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di Port Dickson dan Springhill, Lukut.

“Turut dirampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam.

“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sedang mengesan 4 lagi individu yang turut menjadi marshal

Tambah beliau lagi, polis juga sedang dalam usaha mengesan empat lagi individu yang turut bertindak sebagai marshal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.