fbpx
Now Reading
Harga Sayur Naik Mendadak, Ramai Terkejut & Luah Rasa Tidak Puas Hati

Harga Sayur Naik Mendadak, Ramai Terkejut & Luah Rasa Tidak Puas Hati

Ada yang memohon kerajaan khususnya KPDNHEP untuk mengawal kenaikan harga ini dengan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini orang ramai hangat memperkatakan mengenai kenaikan harga bahan mentah seperti ayam dan telur yang dikesan sejak Oktober lalu, kini harga sayur pula dilaporkan meningkat secara mendadak.

Menerusi infografik yang dikongsikan Harian Metro, terdapat 3 jenis sayur yang dilaporkan mengalami kenaikan harga hampir sekali ganda antaranya kubis bunga daripada RM7 kepada RM16 sekilogram, brokoli daripada RM8 ke RM20, dan kacang buncis RM8 kepada RM15 seperti yang dilaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sawi pendek naik dua kali ganda

Beberapa lagi sayur seperti sawi, kubis dan cili merah dilihat mencatatkan sedikit peningkatan manakala harga sawi pendek pula meningkat dua kali ganda iaitu RM3 kepada RM9.

Semua harga ini difahamkan mula meningkat sejak dua minggu lalu hasil pemantauan CAP.

Laporan tersebut nyata menimbulkan rasa tidak senang di kalangan netizen di media sosial yang menyifatkan peningkatan mendadak ini adalah tidak masuk akal dan seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.

Kenaikan bahan-bahan mentah ini jika tidak dikawal mampu menyebabkan negara mengalami masalah inflasi yang melampau.

Ada juga yang berpendapat sekiranya inginkan rakyat hidup sihat, kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seharusnya mengawal harga sayur-sayuran dengan baik.

Peningkatan 40% – 200%

Ahli Parlimen (MP) Kangar, Noor Amin Ahmad menerusi akaun Twitter turut memuat naik infografik perbandingan harga sayur berkenaan yang memperlihatkan peningkatan dari 40% hingga 200% untuk sayur-sayur tersebut.

Harga sayur naik sebab cuaca tak menentu dan kerosakan tanaman di Cameron Highlands

Namun menerusi laporan BH, faktor cuaca yang tidak menentu selain kerosakan tanaman petani di Cameron Highlands menyebabkan bekalan sayur di pasaran mula berkurangan.

Foto : Zamzahuri / Malaymail

Keadaan ini menyebabkan harga sayur di seluruh negara berdepan kenaikan yang mendadak.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.