fbpx
Now Reading
Pencipta ‘House Of Cards’ Bakal Terbitkan Siri TV Mengenai Skandal Rasuah 1MDB

Pencipta ‘House Of Cards’ Bakal Terbitkan Siri TV Mengenai Skandal Rasuah 1MDB

Selain Willimon, rakan kongsinya, Jordan Tappis dan juga Tan Sri Michelle Yeoh juga akan terlibat sebagai penerbit bersama bagi siri ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah siri Televisyen mengenai skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal dihasilkan oleh Beau Willimon, pencipta drama politik terkenal Amerika Syarikat(AS) iaitu House Of Cards.

Menurut laporan Hollywoord Reporter, Siri TV berdasarkan buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World’ itu juga akan diterbitkan secara bersama oleh SK Global, yang sebelum ini menerbitkan filem blockbuster “Crazy Rich Asians”.

Selain Willimon, rakan kongsinya,  Jordan Tappis dan juga Tan Sri Michelle Yeoh juga akan terlibat sebagai penerbit bersama bagi siri ini.

“Ia adalah kisah mengenai ketamakan dan penipuan kewangan, dan sindiran sosial yang komedi,” kata CEO bersama SK Global, John Penotti dan Charlie Corwin dalam satu kenyataan.

Namun setakat ini, siri berkenaan belum lagi diberi tajuk dan skripnya juga masih dalam pembikinan dan akan dihasilkan oleh finalis Hadiah Pulitzer tiga kali, David Henry Hwang.

Secara ringkasnya, buku Billion Dollar yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope itu berkisar mengenai seorang rakyat Malaysia, Jho Low, yang telah dituduh oleh kerajaan AS sebagai perancang utama yang mendalangi kecurian berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB.

Dalam kes yang masih dalam siasatan pihak berkuasa Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat itu, dikatakan sejumlah AS$5 bilion telah dicuri oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

“Kami berminat dengan cerita yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini, dengan tumpuan pada watak yang mengelirukan dan mengejutkan.

“Kami juga mahu lebih kreatif menghasilkan karya dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan.

Kredit Foto: Novel Suspects

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.