Lelaki Di Korea Utara Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Kantoi Seludup & Jual Salinan Squid Game
Penyeludupan lelaki pada mulanya berjaya malah dia juga sudah berjaya menjual salinan berkenaan kepada beberapa pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ramai dari anda pasti sudah menonton drama hit Korea, Squid Game yang menjadi fenomena di seluruh dunia.
Sarat dengan aksi yang mendebarkan selain dibarisi pelakon yang begitu mantap, populariti drama thriller ini kemudiannya berjaya menjadi rancangan asal Netflix paling popular di seluruh dunia.
Namun siapa sangka disebabkan populariti rancangan, ini seorang lelaki di Korea Utara dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati oleh pihak berkuasa di sana.
Dibawa masuk dari China
Semuanya selepas lelaki dari daerah North Hamyong itu tertangkap menyeludup salinan drama Squid Game yang disimpannya di dalam pendrive rahsia selepas pulang dari China.
Menurut Dailymail, penyeludupan lelaki pada mulanya berjaya bahkah dia sudahpun berjaya menjual salinan berkenaan kepada beberapa pelanggan.
Namun tindakan itu akhirnya memakan diri selepas sebuah perhidmatan pengawasan kerajaan yang digelar 109 Sangmu berjaya mengesan beberapa orang pelajar sekolah sedang menonton drama itu di dalam kelas di sebuah sekolah.
Kumpulan pelajar berkenaan yang tertangkap kemudian memaklumkan telah membeli salinan drama bersiri itu dari lelaki terbabit hingga menyebabkan dia ditahan.
Dia dijangka akan dihukum mati dengan cara ditembak oleh skuad penembak Korea Utara, sejenis hukuman yang sentiasa dipraktikkan negara republik itu.
Pelajar turut dihukum, seoarang dipenjara dan 6 lagi dihukum melakukan kerja buruh kasar.
Dalam pada itu, RadioFree Asia melaporkan pelajar yang membeli salinan tersebut sudah pun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi rakannya yang turut menontona dikenakan hukuman melakukan kerja buruh kasar selama lima tahun.
Bukan itu sahaja, sumber turut memaklumkan yang guru dan pentadbir sekolah juga dipecat dan bakal berdepan hukuman bekerja di kawasan lombong terpencil.
Pihak berkuasa dalam masa sama mula menggiatkan pencarian di kalangan pelajar bagi mengesan jika terdapat sebarang salinan lagi yang masih tersembunyi.
A student who bought a drive received a life sentence, while six others who watched the show have been sentenced to five years hard labor, and teachers and school administrators have been fired and face banishment to work in remote mines or themselves, the sources said.
Sebagai rekod, North Korea melarang keras sebarang kemasukan dan penyebaran bahan budaya dari Korea Selatan dan negara barat khususnya amerika Syarikat.
Ia termasuklah filem, drama, muzik atau barangan bertulis seperti buku ke negara itu. Tindakan melanggar arahan ini akan menyebabkan pesalah dihukum mati.
April lalu seorang lelaki sudahpun dikenakan hukuman mati selepas tertangkap menjual bahan hiburan dari Korea Selatan yang diletakkan di dalam pendrive dan juga CD.
Namun kes kali ini berbeza kerana ianya baru pertama kali berlaku melibatkan golongan pelajar sejak Korea Utara meluluskan akta Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan.