fbpx
Now Reading
Peniaga Kerugian RM136,700 Gara-Gara Tertipu Iklan Jual Hilux RM15,000 di Media Sosial

Peniaga Kerugian RM136,700 Gara-Gara Tertipu Iklan Jual Hilux RM15,000 di Media Sosial

Penipuan tersebut yang bermula selepas dia terlihat iklan di Facebook, menyebabkan peniaga berusia 47 tahun itu kerugian sebanyak RM136,700.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Niat seorang peniaga untuk membeli sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux pada harga RM15,000 berakhir dengan kerugian selepas dia diperdaya dalam urusan jual beli kereta tersebut oleh penjual yang tidak wujud.

Penipuan tersebut yang bermula selepas dia terlihat tawaran iklan di Facebook, menyebabkan peniaga berusia 47 tahun itu kerugian sebanyak RM136,700.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan mangsa di Kuala Kangsar pada Ahad lalu.

“Mangsa pergi ke pautan di FB yang menawarkan kenderaan berkenaan sebelum berurusan dengan seorang lelaki yang mendakwa ejen jualan syarikat kenderaan terpakai melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diminta membuat bayaran insurans serta cukai jalan RM3,500 sebelum melakukan 34 transaksi ke lapan akaun bank berbeza diberikan suspek berjumlah RM133,200,” kata Mior Faridalathrash.

Sehubungan itu Polis Perak kini sedang mengesan dalang kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

1,057 kes penipuan di Perak

Tambah beliau lagi, pihaknya dari 1 Januari hingga 21 November tahun ini telah merekodkan kerugian berjumlah RM25.557 juta membabitkan 1,057 kes.

Dari 1,057 kes terbabit Polis Perak telah melakukan 682 tangkapan bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Bagi tempoh sama tahun lalu, kami merekodkan kerugian berjumlah RM24.569 juta membabitkan 1,117 kes dengan 673 tangkapan.

“Ia membabitkan antaranya penipuan jual beli barang melalui Internet, pinjaman tidak wujud, penipuan pelaburan, Macau Scam serta African Scam,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.