fbpx
Now Reading
Terpalit Dakwaan Guna Buruh Paksa, Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Di Malaysia

Terpalit Dakwaan Guna Buruh Paksa, Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Dyson pasti semua sudah terbayangkan vakum berkualiti tinggi yang dikeluarkannya.

Selain vakum, jenama premium ini turut mengeluarkan barangan elektronik berkualiti tinggi lain seperti pembersih udara dan kipas.

Terbaharu semalam, syarikat tersebut mengumumkan sudah menamatkan hubungannya dengan pembekalnya di Malaysia iaitu ATA IMS Bhd.

Meskipun agak mengejutkan, keputusan ini difahamkan diambil jenama Britain itu selepas menerima keputusan audit berhubung amalan buruh yang dilakukan pembekalnya itu yang berpangkalan di Johor.

Tamat hubungan dengan notis kontrak 6 bulan

Menerusi laporan ekslusif Reuters, Pemilik Dyson, James Dyson berkata pihaknya telah menamatkan hubungan ATA dengan notis kontrak selama enam bulan.

“Kami kini sudahpun menamatkan hubungan kami dengan notis kontrak selama enam bulan.“

“Kami berharap ini alan memberi dorongan kepada ATA untuk menambah baik, dan membolehkan pengeluaran yang teratur demi kepentingan pekerja yang mereka ambil,” 

Pemilk, James Dyson

Menerusi laporan sama, Dyson pada awal tahun lalu telah mengarahkan siasatan audit terhadap amalan buruh syarikat. Keputusan tersebut akhirnya diterima pada 4 Oktober lalu.

Selain itu Dyson juga telah dimaklumkan oleh seorang pemberi maklumat mengenai tindakan yang tidak boleh diterima yang dilakukan kakitangan ATA lantas segera menugaskan sebuah firma undang-undang antarabangsa untuk melakukan siasatan.

“Di sebalik pembabitan yang kerap sejak enam minggu lalu, kami tidak melihat kemajuan yang mencukupi dan telah mengeluarkan beberapa barangan,” kata Dyson lagi.

Difahamkan ATA sebagai pembekal bertanggung-jawab menghasilkan komponen untuk produk penyedut hampagas dan penapis udara  jenama itu.

Penamatan kontrak pastinya memberikan kesan yang besar kepada mereka memandangkan hampir 80% daripada pendapatannya diraih hasil kerjasama bersama Dyson.

Sebaik penamatan tersebut diumumkan, saham ATA turun 30% kepada RM0.82. Mereka sebelum ini pernah didagangkan pada kadar setinggi RM2.91 dalam bulan Ogos 2021.

Mereka pada Mei lalu menafikan dakwaan buruh paksa di kilangnya selepas seorang aktivis hak asasi terkemuka, Andy Hall mendedahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat akan meneliti amalan kerja syarikat itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.