fbpx
Now Reading
Tak Nak Gaya Fesyen Kim Jong-un Ditiru, Korea Utara Larang Rakyat Pakai Jaket Kulit

Tak Nak Gaya Fesyen Kim Jong-un Ditiru, Korea Utara Larang Rakyat Pakai Jaket Kulit

Tindakan memakai jaket kulit juga dilihat seperti satu cubaan mencabar kekuasaan Jong-un sebagai ‘supreme leader’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Korea Utara cukup terkenal dengan syarat dan larangan yang ketat terhadap rakyatnya.

Sebarang perlanggaran di negara komunis itu boleh menyebabkan mereka dihukum oleh pihak berkuasa dengan hukuman yang paling ditakuti pastinya ditembak mati oleh skuad penembak.

Contoh terdekat adalah kejadian beberapa hari lalu dimana seorang rakyatnya dihukum mati selepas ditangkap menyeludup masuk dan menjual drama thriller, Squid Game di sana.

Baca artikel berkaitan : Lelaki Di Korea Utara Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Kantoi Seludup & Jual Salinan Squid Game

Terbaharu, pihak berkuasa di sana dilaporkan mula menguatkuasakan satu lagi larangan baharu iaitu mengharamkan rakyat biasa dari menggunakan jaket kulit.

Semua itu dilakukan bagi mengelakkan rakyat Korea Utara dari meniru gaya penampilan dan fesyen yang sering digunakan pemimpin no 1 mereka, Kim Jong-un, lapor Insider.

Via Mirror

Laporan tersebut yang memetik Radio Free Asia (RFA) turut menambah ianya selepas pihak berkuasa merasakan adalah tidak wajar rakyat marhaen memakai sesuatu yang menyerupai Jong-un walaupun ianya dibeli dengan duit sendiri.

Bahkan ia disifatkan melampau kerana tindakan itu seolah satu cubaan mencabar kekuasaan serta pemerintahan Jong-un sebagai ‘supreme leader’.

RFA yang memetik sumber yang dirahsiakan berkata, sebaik larangan tersebut dikuatkuasakan, pihak berkuasa sudah mula membuat bertindak dengan melakukan pemeriksaan dan merampas sebarang jaket kulit khususnya dari jenis ‘trench coat’ baik yang disimpan rakyat mahupun milik peniaga.

Pemakaian jaket kulit mula mendapat perhatian anak muda dan semakin popular di Korea Utara sejak Jong-un mengenakannya ketika tampil dalam satu program televisyen pada tahun 2019.

Malah ia turut menarik perhatian kaum wanita di sana apabila adik Jong-un iaitu Kim Yo-jong turut dilihat mengenakan material sama menyebakkan golongan tersebut mengganggap jaket kulit adalah simbol kekuatan.

Permintaan yang tinggi turut menyebabkan lambakan jaket kulit yang dijual di pasar-pasar di sana khususnya dari jenis kulit tiruan.

Ini kerana harga jaket kulit asli adalah sekitar 170,000 won (RM804), manakala bagi kulit tiruan seperti PVC dijual pada harga 80,000 won (RM283).

Harga ini dilihat jauh begitu tinggi berbanding gaji rakyat di sana yang purata menerima gaji bulan sebanyak 4,000 Won (RM14)

Namun semua itu tidak dihiraukan rakyat mereka kerana mereka mahu kelihatan sama sepeti idola mereka walaupun harga begitu mahal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.