Bahasa Melayu Tersenarai Sebagai 10 Bahasa Paling Popular di Dunia – Perdana Menteri

Hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadiri Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Yang menariknya, beliau sewaktu merasmikan majlis tersebut telah berkongsi kepada orang ramai bahawa bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu (BM) bukan sahaja masih diguna pakai di peringkat antarabangsa tetapi menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia.

Menurut Ismail Sabri, meskipun terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai di seluruh dunia, namun hanya 20 bahasa yang telah diberi taraf sebagai bahasa rasmi antaranya BM.

“Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah-celah ruang penguasaan teguh Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia.

“Keadaan ini tidak berlaku kepada semua bahasa utama dunia kerana terdapat bahasa yang lenyap ditelan arus globalisasi, manakala sebahagian yang lain berhadapan dengan ancaman kepupusan,” kata beliau semasa memberikan ucapan perasmian PABM.

300 Juta penutur merangkumi negara di rumpun Nusantara

Jelas beliau lagi, dengan jumlah penutur yang sudah melebih 300 juta orang merangkumi negara di rumpun Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam selaku pendukung utama tidak mustahil bahasa ini mampu berkembang sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan lingua franca satu Bahasa Melayu seperti suatu masa dahulu.

“Dengan itu, adalah tidak mustahil jika bilangan penutur Bahasa Melayu di dunia ini, yang sekarang ini sudah pun melebihi 300 juta orang, malah akan lebih berkembang, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan ‘lingua franca’ Bahasa Melayu” kata beliau lagi.

Tegur agensi kerajaan, GLC kurang guna Bahasa Melayu

Beliau menerusi ucapan tersebut bagaimanapun turut menegur agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan harian.

Ia boleh dilihat apabila bahasa kebangsaan itu tidak lagi digunakan sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek mahupun jenama produk mereka.

Justeru beliau berharap kesemua pihak ini dapat mula mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu dalam segala urusan termasuk mesyuarat dan persidangan.

Ini menurut beliau adalah satu usaha dan peranan Malaysia demi memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain.

“Namun peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang yang ketika ini sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi-agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa melayu melainkan kita sendiri?” tegas Perdana Menteri.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago