Mahkamah Di Florida Mungkin Bakal Dedahkan Identiti Sebenar Pengasas Bitcoin

Mata wang digital bukan lagi satu perkara asing di masa kini.

Antara mata wang yang paling popular dan cukup sinonim dengan mata wang kripto tentunya Bitcoin yang nilainya telah melonjak lebih 400% sejak mula diperkenalkan sedekad lalu.

Sebut tentang Bitcoin, pasti pelabur dan peminat kripto pernah mendengar nama pengasasnya, Satoshi Nakamoto. Namun apa yang kekal misteri sehingga ke harini adalah identitinya kerana tiada sesiapa yang tahu siapakah individu di sebalik nama tersebut.

Apa yang didedahkan kepada umum hanyalah sedikit info yang kononnya dia berasal dari Jepun dan lahir pada 5 April 1975. Ramai yang bagaimanapun berpendapat itu hanyalah cubaan Satori untuk menyembunyikan identitinya bagi mengelakkan diketahui umum.

Arca Satori di Budapest Hungary

Susulan itu, ramai yang mula mendakwa yang merekalah Satoshi yang sebenar sekaligus bergelar pengasas Bitcoin. Salah seorang dari mereka pastinya Craight Wright saintis komputer dan ahli perniagaan yang berasal dari Australia.

Namun kenyataan Wright dilihat tidak konsisten malah dia gagal memberikan bukti kukuh yang dia mempunyai hak pemilikannya terhadap mata wang tersebut.

Namun selepas lebih sedekad, mungkin orang ramai akan berpeluang mengetahui siapakah gerangan individu di sebalik nama tersebut tidak lama lagi.

Ianya berikutan satu tindakan undang-undang yang difailkan keluarga kepada seorang pakar forensik komputer yang telah meninggal dunia, David Kleiman.

Yang mengejutkan orang ramai, tuntutan itu difailkan keluarga berkenaan terhadap bekas rakan kongsinya tidak lain dan tidak bukan Craig Wright.

Foto : Bloomberg

Saman ini difailkan selepas mereka mendakwa mempunyai bukti kukuh yang Kleiman bersama Wright adalah pengasas bersama Bitcoin yang telah berselindung menggunakan nama Satoshi Nakamoto.

Menurut mereka sejak kematian Kleiman, Wright telah mengambil harta tinggalan Kleiman iaitu kira-kira sejuta cache Bitcoin.

Sehubungan itu, mahkamah Florida besar kemungkinan terpaksa mendedahkan identiti sebenar Satoshi bagi menyelesaikan kes tersebut.

Sebagai rekod antara individu yang didakwa adalah Satori adalah bekas ketua Kartel serta Programmer Paul Calder Le Roux yang kini di dalam penjara serta seorang ahli Fizik Jepun, Dorian Satoshi Nakamoto.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

22 mins ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

29 mins ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

37 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 hour ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 hour ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

2 hours ago