fbpx
Now Reading
YouTuber Terkenal, MrBeast Tiru & Anjur Permainan ‘Squid Game’ Versi Sebenar, Tawar Hadiah RM1.9 Juta

YouTuber Terkenal, MrBeast Tiru & Anjur Permainan ‘Squid Game’ Versi Sebenar, Tawar Hadiah RM1.9 Juta

Namun permainan ini berbeza dari Squid Game sebenar dimana semua peserta bukan sahaja tidak diapa-apakan, malahan mereka turut menerima saguhati sebanyak £1,500 (RM8,482) bagi setiap peserta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang kerap melayari YouTube pasti mengenali YouTuber terkenal, MrBeast.

Gah dengan pengikut seramai 81 juta orang, pencipta kandungan popular itu baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila meniru dan menghasilkan permainan drama siri popular Netflix, Squid Game versi sebenar.

Kesemua peserta akan mengharungi semua cabaran yang ada bagi mendapatkan wang tunai £459,000 atau bersamaan RM1.9 juta.

Namun permainan ini berbeza dari Squid Game yang asli di mana ianya tidaklah sekejam drama TV itu.

Tiada peserta yang dicederakan, malah mereka turut menerima saguhati sebanyak £1,500 (RM8,482) bagi setiap peserta.

Difahamkan, Mr Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson telah membelanjakan sebanyak £2.62 juta (RM14.82 juta) demi menghasilkan video berkenaan.

Kos ini termasuklah kos menghasilkan video, membina props dan juga hadiah buat para pemenang.

Bagaimana dengan hukuman pula?

Dari segi hukuman pula, MrBeast dan pasukannya hanya menggunakan alatan yang selamat dalam menyingkirkan peserta.

Sebagai contoh bagi permainan ‘Lampu Hijau Lampu Merah’’, setiap peserta akan dilengkapi alat peranti di badan mereka. Sebaik ditangkap bergerak ketika lampu merah dinyalakan, peranti tersebut akan menghasilkan bunyi.

Sekadar info MrBeast merupakan antara antara Top 3 Youtuber yang menerima bayaran tertinggi pada 2020.

Berada di kedudukan kedua, MrBeast berjaya memperoleh pendapatan kira-kira £18 juta (RM101.79 juta).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.