fbpx
Now Reading
TM Beri Jaminan Baik Pulih Perkhidmatan Unifi Dalam 24 Jam Tempoh Aduan Atau Beri Rebat RM50

TM Beri Jaminan Baik Pulih Perkhidmatan Unifi Dalam 24 Jam Tempoh Aduan Atau Beri Rebat RM50

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di era teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, internet sudah menjadi salah satu perkara penting dalam kehidupan kita.

Malah penggunaaannya juga dilihat semakin penting ekoran dari penularan wabak Covid-19 di mana orang ramai mula melakukan urusan pekerjaan dan pembelajaran secara atas talian.

Justeru sebarang ketiadaaan atau gangguan internet pasti akan menganggu urusan harian orang ramai.

Peka dengan isu tersebut, Telekom Malaysia Bhd (TM) difahamkan telah melabur lebih RM1 bilion tahun sepanjang 2021 bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dari segi keupayaan sokongan pelanggan dan penambahbaikan rangkaian.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian TM, Mohamed Tajul Mohamed Sultan, insifatif Unificares itu diwujudkan bagi memastikan Unifi terus menjadi perkhidmatan jalur lebar yang tiada tandingan.

“It’s the unifi promise”

Janji baik pulih dalam tempoh 24 jam

Yang menariknya, salah satu dari lima inisiatif ini ialah TM berjanji akan membaik pulih perkhidmatan Unifi yang terganggu dalam tempoh 24 jam dari aduan yang dikemukakan pengguna.

Sekiranya gagal menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam, TM akan memberikan pampasan rebat sebanyak RM50 kepada pelanggan berkenaan yang boleh dituntut menerusi aplikasi MyUnifi dalam tempoh 30 hari.

Menurut TM, inisiatif itu adalah yang pertama seumpamanya dalam industri telekomunikasi tempatan dan komitmen kepada strategi unifi mengutamakan pelanggan.

Difahamkan setakat ini, komitmen ini hanya untuk tiada perkhidmatan (downtime) dan juga masalah sambungan. Namun, TM menyasarkan akan dapat meliputi masalah berkaitan prestasi (kelajuan rangkaian dan sebagainya) di masa akan datang.

Jaminan baik pulih perkhidmatan dalam tempoh 24 jam ini bermula pada hari ini, 30 November dan kelayakan menerima pampasan adalah untuk pelanggan yang melanggan pakej 100Mbps dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai unificares tekan di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.