fbpx
Now Reading
Isu Jenaka Rogol, Ain Husniza & Bapa Disaman Bekas Guru

Isu Jenaka Rogol, Ain Husniza & Bapa Disaman Bekas Guru

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ayah Ain, Saiful NIzam menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/saifulnizam769/status/1465605029058940934

Pelajar tingkatan 5, Ain Husniza yang sebelum ini pernah menggegarkan seluruh Malaysia apabila mendakwa bekas gurunya telah melakukan jenaka berkaitan isu rogol telah disaman oleh pendidik tersebut.

Selain Ain, bapanya Saiful Nizam Ab. Wahab difahamkan turut disaman oleh guru terbabit melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung yang telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada 26 November 2021.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Saiful NIzam menerusi satu ciapan di laman Twitter.

“Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan dari Khairul Nizam bin Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021,” ciap Saiful Nizam.

Saiful menerusi ciapan tersebut turut berkongsi tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace serta halaman depan writ saman yang diterimanya.

Jelas menerusi salinan dokumen tersebut, guru tersebut iaitu Khairul Nizam Sanuddin telah menamakan Ain atau nama penuhnya, Nurain Husniza sebagai defenda pertama manakala Saiful Nizam atau nama penuhnya Saiful Nizam Ab. Wahab, 42, sebagai defendan kedua.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, semakan ke atas sistem mahkamah mendapati tuntutan saman ini ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah dan akan berlangsung pada 2 Disember ini.

Malaysiakini pula melaporkan, Khairul Nizam di dalam salinan tuntutan tersebut mengemukakan saman fitnah ke atas kedua mereka di atas perkongsian di media sosial iaitu 3 video di TikTok, tiga ciapan di Twitter selain berapa kenyataan lain yang dianggapnya fitnah di antara 23 April dan 26 Jun lalu.

Terdahulu pada Ogos, pasangan anak beranak ini telah menerima sepucuk surat tuntutan daripada seorang guru lelaki yang mendakwa difitnah mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.