Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Nampaknya nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak lekang menjadi topik utama netizen hari ini.
Jika awal pagi tadi beliau mencuri tumpuan kerana memuat naik kenyataan seolah menyindir kekalahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada KL City FC di perlawanan akhir Piala Malaysia, kini namanya sekali lagi menjadi sebutan orang ramai.
Semuanya gara-gara penularan satu video TikTok oleh @leebard2701 memperlihatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu secara seloroh berpantun tentang kekalahan JDT.
Difahamkan ianya dilakukan Sanusi sewaktu memberikan ucapan di Majlis Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah beserta Delegasi Kerajaan Negeri Kedah (MESRA ’21).
“Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa khabar gembira, JDT kalah lawan bola.”