“Siapa Ada Gambar Rimau Jalan Tersipu-Sipu?” – Sanusi Md Noor

Semalam berakhirlah sudah persaingan Piala Malaysia menyaksikan KL City FC berjaya mencipta sejarah apabila merangkul piala berprestij itu dengan menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dengan kejayaan luar biasa ini juga, The City Boys secara rasmi telah meraih tempat ke Piala AFC musim depan.

Lebih manis, kejayaan itu juga sekaligus menamatkan penantian 32 tahun skuad ‘Warga Kota’ selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1989.

Perlawanan sengit itu bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat tanpa henti cuba menembusi gawang lawan masing-masing, namun tuah KL City hanya tiba selepas separuh masa kedua apabila Zhafri Yahya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-66.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias sekali lagi tertewas selepas kapten KL City, Paulo Josue berjaya memanfaatkan peluang dengan melakukan voley pada minit ke-74, menjadikan kedudukan kepada 2-0 dan ianya kekal hingga ke wisel penamat.

Kejayaan KL City FC memenangi Piala Malaysia edisi ke-100 tahun itu nyata mencuri perhatian orang ramai apabila penyokong mereka menggunakan media sosial sebagai platform untuk meraikan kemenangan tersebut.

Malah ramai yang turut berpuas hati dengan mutu permainan yang ditunjukkan pemain dari kedua-dua pasukan khususnya penjaga gol KL City, Kevin Mendoza yang begitu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada pasukan Harimau Selatan itu.

Menteri Besar Kedah ucap tahniah

Namun siapa sangka, kehangatan tersebut turut menarik perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi menerusi perkongsian di laman Facebook turut dilihat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kemenangan KL City.

“Siapa ada gambar rimau”

Namun beliau tidak lama kemudiannya memuat naik satu lagi hantaran berbunyi : “Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu?.”

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang mengaitkan soalan yang dikemukannya adalah satu sindiran terhadap JDT yang terkenal dengan jolokan Hariman Selatan di atas kekalahan berkenaan.

Ramai yang kemudiannya turut berkongsi beberapa foto harimau di ruangan komen seolah memberikan ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ yang diajukan Sanusi.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada KL City FC di atas kejayaan mereka dan tahniah juga kepada JDT kerana aksi cemerlang mereka sepanjang musim antaranya menjuarai Liga Super Malaysia 2021.

Sebagai info, Kedah FA sebelum ini tumpas di tangan JDT pada suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 1-0.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

6 mins ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

19 mins ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

45 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

52 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

1 hour ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago