fbpx
Now Reading
Dakwa Adik Hari2 Dipukul Senior Di Kem Askar, Menteri Pertahanan Mohon Pengadu Tampil Hubunginya

Dakwa Adik Hari2 Dipukul Senior Di Kem Askar, Menteri Pertahanan Mohon Pengadu Tampil Hubunginya

Menurut Hishammuddin, jika aduan adalah sahih, tindakan tegas akan diambil oleh pihaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu buli di kalangan pelajar baik sekolah mahupun di IPT bukan lagi satu perkara baru di negara kita.

Bahkan gejala buli ini turut berlaku di kalangan orang dewasa antaranya membabitkan pasukan keselamatan yang akhirnya mengakibatkan kecedaraan dan paling teruk berlakunya kematian.

Baca artikel berkaitan :

Polis Akan Siasat Dakwaan Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibuli

Terbaharu, tular di media sosial satu tangkap layar mesej ringkas seorang invididu yang mendakwa adiknya seorang tentera yang menetap di sebuah kem bujang telah dibuli oleh rakan-rakan senior.

Bukan setakat dibuli, individu berkenaan turut mendakwa adiknya telah menjadi mangsa pemerasan oleh pelajar senior apabila gaji dan wang simpanannya turut diambil oleh mereka.

Foto : Pedoqpop

Report tak jalan, pelaku hanya didenda kawad 45 minit

Lebih mengejutkan apabila individu tersebut mendakwa aduan yang dilakukan adiknya kepada orang atasan seolah tidak jalan apabila mereka hanya mengenakan denda terhadap pelaku.

Dia kemudian sudah menghubungi balai polis namun polis menyarankan mereka agar melaporkan perkara berkenaan pada pengurusan kem dahulu.

Dia takut nak buat apa-apa. Dia cakap kes-kes sebelum ni diorang report dekat orang atasan, orang atasan just denda kawad 45 minit je. Aku dah call balai polis. Polis suruh keluarga pergi buat aduan dekat kem dulu.

Dia dalam masa sama turut risaukan keselamatan adiknya sekiranya aduan adiknya diketahui oleh pelaku di dalam kem.

“Identiti akan dirahsiakan” – H20

Isu tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin yang tampil menerusi satu ciapan memohon pengadu untuk terus menghubungi bagi memberikan maklumat lanjut.

Beliau dalam masa sama turut menjamin bahawa identiti pengadu dan adiknya akan dirahsiakan demi keselamatan mereka.

Mohon individu disebalik mesej ini utk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera. Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan.

Jika sahih, tindakan tegas akan diambil

Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin.

Pengadu sedang kumpul bukti sebelum hubungi H20

Dalam pada itu, pengadu sudah pun memaklumkan kepada pengguna Twitter berkenaan yang dia sedang mengumpulkan bukti sebelum bertindak menghubungi Hishammuddin.

Jelasnya lagi, adiknya sebelum ini tidak pernah dibuli namun ia mula berlaku selepas dia diserap menjadi anggota tentera.

“Dia dah kerja bukan dalam training lagi. Masa training dia ok, tak pernah mengadu siap cakap kawan dan incharge baik-baik.

“Bayangkan bertugas sampai malam, dah sampai dorm kena pukul/ragging sampai 3-4 pagi. Pastu dapat tidur sejam pastu bangun terus siap-siap nak kena bertugas. Sedih betul..”

Luahan abang kepada anggota tentera

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.