“Gambaran Mengelirukan” – Baru Saja Dilancarkan, Filem ‘House Of Gucci’ Dikecam Hebat Oleh Keluarga Gucci
Ini kerana filem tersebut disifatkan mereka sebagai tidak tepat dan bersimpang dari kisah sebenar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja Gucci pasti semua orang sudah terbayangkan barangannya yang mewah dan bermutu tinggi bahkan statusnya sebagai salah satu dari 10 jenama fesyen terkemuka di dunia.
Mula diasaskan oleh Guccio Gucci pada 1921, jenama mewah dari Itali ini sudah menjadi satu simbol kekayaan dan prestij sejak puluhan tahun yang lalu.
Namun jenama ini mempunyai kisah hitamnya sendiri sehingga mengemparkan dunia fesyen satu ketika dahulu apabila pewaris tunggal mereka iaitu Maurizio Gucci telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan pada tahun 1995 yang didalangi bekas isterinya, Patrizia Reggiani.
Kisah tersebut kemudian dibukukan oleh penulis Sara Say Forden dan diberikan judul House of Gucci, A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed (2001) sebelum diangkat menjadi sebuah filem oleh MGM Studios.
Membariskan pelakon hebat seperti Lady Gaga, Adam Driver dan Al Pacino, Jared Leto, Jeremy Irons, dan Salma Hayek, ‘House of Gucci’ sudah pun dilancarkan dan telah menemui peminat sejak minggu lalu.
Namun siapa sangka, sejak tayangan perdana, filem arahan Ridley Scott ini telah mendapat kritikan yang hebat dari kalangan keluarga Gucci sendiri.
Ini kerana filem tersebut disifatkan mereka sebagai tidak tepat dan bersimpang dari kisah sebenar.
Seorang dari mereka, iaitu cucu kepada mendiang Aldo Gucci, yang sebelum ini bergelar Presiden Gucci selama 30 tahun dan orang yang bertanggungjawab menaik nama Gucci hingga menjadi gah; berang dengan gambaran yang diberikan Scott mengenai bapanya dan ahli keluaga Gucci lain seolah mereka begitu jahil malahan berpewatakan seperti gangster.
Malah dia dan ahli keluarga lain meluahkan rasa terkilan kerana produksi filem tidak bertemu mereka apatah lagi berunding untuk mengetahui secara mendalam watak keluarga tersebut sedangkan mendakwa ia adalah kisah sebenar mengenai keluarga mereka.
“The film’s production did not bother to consult the heirs before describing Aldo Gucci – president of the company for 30 years – and the members of the Gucci family as thugs who were ignorant and insensitive to the world around them, attributing entirely fabricated attitudes and conduct to the protagonists of the notorious events,”
Bangkitkan isu mengenai watak Patrizia Reggiani
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan mereka apabila filem tersebut seolah menggambarkan Reggiani (Lady Gaga) sebagai seorang ‘mangsa’, walhal dia adalah perancang utama sehingga menyebabkan kematian pewaris tunggal Gucci dan akhirnya dipenjarakan selama 18 tahun.
Menerusi filem tersebut Reggiani digambarkan berbuat demikian demi survival di dalam dunia korporat yang penuh pancaroba selain sentimen terhadap kaum wanita.
Menerusi kenyataan itu lagi mereka juga sanggup berbuat apa sahaja demi melindungi nama, imej dan juga maruah mereka serta keluarga tercinta.
“Take any action necessary to protect the name, image and dignity of themselves and their loved ones.”
Jelasnya lagi, keluarga Gucci begitu menghormati usaha dan karya nenek moyang mereka. Justeru itu segala kenangan dan ingatan mereka terhadap asal usul mereka tidak sepatutnya dicemari oleh filem yang tidak menggambarkan watak protagonisnya dengan betul.