fbpx
Now Reading
Main TikTok Semasa Bertugas Siap Dedah Muka OKT, Wanita Beruniform Dikecam Hebat

Main TikTok Semasa Bertugas Siap Dedah Muka OKT, Wanita Beruniform Dikecam Hebat

Seorang pengguna Twitter kemudian bertindak membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penjawat awam wanita hari ini menjadi perbualan netizen selepas dia berkongsi satu video TikTok memperlihatkan dirinya di dalam sebuah kenderaan.

Menerusi kenyataan di video tersebut dia yang lengkap beruniform menjelaskan sedang dalam perjalanan ke mahkamah bersama 3 lagi individu.

Namun apa yang mengejutkan apabila dia dilihat mendedahkan muka seorang wanita dipercayai Orang kena tuduh (OKT) yang turut berada di dalam kereta tersebut.

Video tersebut yang pada mulanya diambil dari TikTok wanita berkenaan kemudian mula tular dan menjadi sohor di platform media sosial. Ia bahkan turut dimuat naik oleh di laman Twitter oleh akaun rasmi Badan Pemantau Jenayah (MY Watch), @My_CrimeWatch.

“Tidak kiralah jika anda dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya.

“Apatah lagi jika anda menjadikan wajah orang kena pengawasan (OKP), orang kena tahan (OKT) atau suspek sebagai kandungan video,” ciap My Watch.

Perkongsian tersebut ternyata menimbulkan rasa tidak senang dikalangan netizen,

Ramai yang tidak menggemari tindakan wanita berkenaan bermain TikTok semasa semasa bertugas apatah lagi dia sedang berpakaiaan seragam.

Namun apa yang lebih menaikkan kemarahan mereka apabila dia dengan selambanya menggunakan wajah OKT terbabit sebagai bahan kontennya.

Netizen buat aduan pada EAIC

Seorang pengguna Twitter kemudian bertindak membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Pihak EAIC kemudian memberi respon mengambil maklum berhubung aduan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.