fbpx
Now Reading
“Apa Yang Telah Berlaku?” – Dr Maszlee Luah Rasa Terkilan, 21,000 Pelajar Berhenti Sekolah

“Apa Yang Telah Berlaku?” – Dr Maszlee Luah Rasa Terkilan, 21,000 Pelajar Berhenti Sekolah

Namun angka berkenaan adalah lebih kecil berbanding tahun sebelum pandemik di mana sejumlah 34,074 pelajar direkodkan berhenti sekolah pada tahun 2018.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meluahkan rasa terkilan beliau apabila mengetahui terdapat 21,316 pelajar di Malaysia berhenti sekolah dari tempoh Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Luahan itu dikongsikan beliau menerusi satu ciapan di Twitter pada pagi Ahad, 5 Disember.

“Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia??? Ya Allah selamatkanlah negara dan bangsaku dari ketidaktentuan masa hadapan dek kebobrokan para penguasa yang jadong”

Menerusi ciapan sama beliau turut berkongsi jawapan bertulis parlimen oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi dokumen tersebut, Radzi yang memetik data menjelaskan dari Mac hingga Disember 2020 terdapat seramai 11,301 murid atau 0.24% yang berhenti sekolah.

Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021 pula, seramai 10,015 orang atau 0.21% pula direkodkan berhenti sekolah.

Jawapan berkenaan diberikan Radzi bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Lebih ramai berhenti sebelum pandemik

Namun menerusi laporan Bernama, angka berkenaan sebenarnya lebih kecil dan telah menurun berbanding tahun sebelum pandemik di mana sejumlah 34,074 pelajar telah direkodkan berhenti sekolah pada tahun 2018.

Data itu dikongsikan Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mah Hang Soon sewaktu sesi soal jawab di Dewak Rakyat hari ini.

“Maksudnya, untuk tahun sebelumnya, angka itu (pelajar berhenti sekolah) adalah lebih tinggi daripada apa yang diberikan kepada Kangar (Noor Amin Ahmad).

Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mah Hang Soon

Menurut beliau lagi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan pelbagai kaedah dalam menurunkan kadar keciciran pelajar termasuk menggerakkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengesan pelajar yang tidak hadir semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan semasa sesi pembelajaran di sekolah ketika sekolah dibuka semula.

Selain itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososial selain mengadakan perbincangan bersama di antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga pelajar untuk mengenal pasti sebab dan langkah untuk menangani pelajar yang kurang minat untuk belajar.

“Pada waktu sama kita melaksanakan intervensi murid risiko cicir PdP di peringkat JPN dan PPD. Kita juga menyediakan garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah (GPMBC) sebagai rujukan PPD, JPN dan sekolah,” 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.