fbpx
Now Reading
Lagi Aksi Lagak Marshal Di Port Dickson, Polis Sedang Kesan Individu Terlibat [Video]

Lagi Aksi Lagak Marshal Di Port Dickson, Polis Sedang Kesan Individu Terlibat [Video]

Lebih mencuri tumpuan apabila individu berkenaan dilihat tidak berpuas hati apabila kenderaan tersebut enggan mematuhi ‘arahannya’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar November lalu, tular sebuah rakaman dashcam memperlihatkan beberapa marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi bertindak mengawal dan memberhentikan kenderaan orang ramai di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Tindakan tersebut akhirnya memakan diri apabila dua dari mereka akhirnya ditahan manakala selebihnya menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Baca artikel berkaitan : Polis Tahan 2 Lelaki & Buru 4 Lagi Individu Jadi Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi

Terbaharu tular satu lagi insiden serupa di daerah sama apabila seorang marshall dilihat berlagak menjadi polis trafik dengan mengarahkan sebuah kenderaan untuk memperlahankan kenderaan dan beranjak ke bahu kiri jalan bagi memberi laluan kepada hampir 20 biji motorsikal berkuasa tinggi untuk melalui jalan tersebut.

Dimuat naik seorang pengguna Facebook, Mohd Fadzly video berdurasi 3 minit itu yang dirakam sewaktu memasuki daerah Port Dickson nyata mencuri perhatian orang ramai khususnya pengguna jalan raya.

“Marshal lagak seperti polis, mengarah kereta ke tepi utk bg laluan pada konvoi mereka, JPJ dan JSPT PDRM sila ambil tindakan. ” tulis Mohd Fadzly Nordin di Facebook.

Warna motor, vest dan helmet seakan polis trafik

Lebih mencuri tumpuan apabila individu berkenaan yang menaiki motosikal berwarna putih menyamai warna kenderaan polis trafik kelihatan tidak berpuas hati dan kerap menoleh ke belakang apabila kenderaan tersebut enggan mematuhi ‘arahannya’ untuk berganjak ke tepi.

Malah pemakaian helmet bewarna putih serta vest menyebabkan ada netizen berpendapat ianya mengelirukan dan turut menyamai polis trafik.

Rakaman berkenaan kemudiannya menarik perhatian Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson (IPD Port Dickson).

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Aidi Sham Bin Mohamed, pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman.

Hasil pemerhatian terhadap rakaman yang tular mendapati konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sg Baru Alor Gajah Melaka melepasi kawasan Jalan Tg Agas Pasir Panjang Port Dickson.

“Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan/ memberhentikan kenderaan/melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana Pegawai Polis.

“PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai Polis Trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,” kata beliau dalam kenyataan itu lagi.

Seru mana-mana saksi tampil

Beliau dalam masa sama turut menyeru sesiapa yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06 6472222.

“Siasatan dijalankan bawah Sek.21 Akta Polis 1967, Sek.48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar)” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.